McDonald’s Memperkenalkan Smoky Grilled Beef dan Hot N’ Crispy Chicken Secara “Rahsia”

IMG_7334

Pelancaran yang diberikan nama “Project Everin” di salah sebuah restoran terkemuka betul-betul mengujakan otomen untuk turut serta pada 22 Mac 2018 yang lalu. Mana tidaknya. Restoran Suka Sucre Bistro milik Dato Fazley Yaacob sudah tidak asing lagi. Dengan nama kod, “Project Everin” ini, McDonald’s telah menyamari sebagai sebuah ‘restoran antarabang barat’ yang bakal dibuka di Malaysia.

Kemudiannya, otomen dan para tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan 3 peringkat di mana kesemua hidangan tersebut disediakan dengan ramuan-ramuan menu McDonald’s Malaysia. Hidangan utama merupakan dua burger terbaharu McDonald’s. Di atas meja, ada disediakan menu-menu yang bakal otomen nikmati. Untuk yang pertama, otomen disajikan dengan hidangan appetizer. Antara menu appetizer yang telah otomen nikmati ialah

Tres Fesh
Fresh mix of corn, tomatoes and shredded lettuce drizzled with chargrilled sauce.
Fiery Chicken Tortilla
Savoury chicken slice with scrambled egg and a dash of jalapeno relish sauce, wrapped
in a whole wheat tortilla.
Flip N’ Turn
Shredded chicken meat with tomatoes and mayonnaise, atop two fluffy pancakes
IMG_7375IMG_7369
Dan tiba masanya untuk otomen nikmati Main Course mereka iaitu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken.
Burger Smoky Grilled Beef menawarkan rasa yang sungguh mengagumkan dengan kepingan daging lembu digrill sempurna, diapit keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban biji bakar. Turut disediakan buat korang semua untuk tidak melepaskan peluang menikmati Burger Hot N’ Crispy Chicken yang menampilkan paha ayam yang rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeno yang pasti membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar.
IMG_7387IMG_7394
Otomen diberikan minuman yang sungguh sedap dan tidak tahu nak describe rasa airnya. Ada rasa masam, manis dan sedikit pahit ala-ala minum air ubat. Tapi rasanya memang not bad sebab ia lain dari yang lain. Minuman yang dihidangkan ini diberi nama A refreshing blend of iced lemon tea with orange juice dan juga mineral water sebagai minuman pembersih dari segala manis-manis di dalam badan.
IMG_7349
Part pencuci mulut tiba, otomen dah pun kekenyangan. Jadinya, menu pencuci mulut ini otomen berikan pada LeYa dan juga rakan media otomen yang duduk semeja dengan otomen. Almaklumlah, tank kecik. Dua burger dah kenyang.
IMG_7400
Kini tiba masanya untuk Emcee memperkenalkan dari mana dua burger terbaharu ini boleh didapati. Semua tetamu yang hadir terkejut dan sama sekali tidak mengetahuinya.
McDonald’s Malaysia dengan ini memperkenalkan Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken yang telah bermula penjualannya pada 26 Mac 2018.
Ketika memberi ucapan di pelancaran itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonlad’s Malaysia, Pn. Melati Abdul Hai berkata, “Di McDonalds’s, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau memperkenalkan menu yang memenuhi selera warga Malaysia dengan makanan yang menepati citarasa dengan kadar harga yang berpatutan. Kami sungguh teruja kerana dapat menyaksikan para tetamu kami menikmati hidangan tiga peringkat yang disediakan menggunakan ramuan McDonlad’s yang sedia ada yang berkualiti tinggi dan sangat lazat.”
IMG_7420
Menu baharu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken boleh didapati dengan harga RM12.95 untuk hidangan ala carte, dan RM14.95 untuk hidangan set regular yang merangkumi burger pilihan korang, kentang goreng dan minuman ringan.
IMG_7447IMG_7460
Maklumat lanjut mengenai burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N’ Crispy Chicken, boleh layari laman web http://www.mcdonlads.com.my/.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s