Tempat Menarik di Bagan Datuk, Perak | Road to Agro Tourism Siri 5

Otomen dan trip berpisah tiada. Sekali lagi otomen berpeluang mengikuti Trip “Road to Agro Tourism” untuk Siri ke-5, edisi khas ke Bagan Datuk, Perak selama 2 hari dan 1 malam. Trip ini dilaksanakan untuk mempromosikan destinasi pelancongan agro yang ada di Bagan Datuk, Perak. Program Road to Agro Tourism Siri ke-5 (RTA5) ini adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.

IMG_7565

Antara tempat menarik yang akan otomen dan rakan-rakan bloggers serta media lawati, adalah tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, Pusat Penyelidikan Mardi, Homestay Bagan Datuk, Sky Mirror dan Blue Tears.
Bertolak dari Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah bas pada jam 11.00 pagi. Dan kemudian, tiba di hadapan homestay penginapan, Homestay Pak Ngah lebih kurang jam 3.00 petang. Terus check-in dan disajikan makanan tengah hari yang menyelerakan.
IMG_7515

Bagi korang pemancing tegar, sudah menjadi satu kebiasaan bila lokasi penginapan percutian korang memiliki tempat untuk memancing. Jadi, satu tarikan menarik jika korang menginap di Homestay Pak Ngah ini ialah korang boleh menikmati hobi korang memancing udang dan ikan, bergantung pada rezeki masing-masing. Aha! Pakcik kat atas ni dah dapat udang taw! Best kan!IMG_7645

Lawatan ke Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd

Tanpa membuang masa, kami bergerak menuju ke lokasi lawatan pertama iaitu Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu, rupanya banyak manfaat yang boleh digunakan dari sebiji buah kelapa ini. Sebagai contoh, di kilang ini menghasilkan bahan-bahan gunaan dari sabut kelapa sehingga menjadi fibre yang akan digunakan dalam pembuatan tilam, tempat duduk kenderaan, tali dan banyak lagi. Habuk dari sabut kelapa juga tidak dibuang begitu sahaja. Ia diambil dan dijadikan sebagai baja untuk tanaman organik. Nampak bukan! Betapa banyaknya manfaat dari buah kelapa itu sendiri selain menikmati airnya yang sedap.
IMG_7543IMG_7572IMG_7576IMG_7579IMG_7563IMG_20180323_162536
Seterusnya, otomen menuju ke lokasi rumah warisan tradisional lama di Bagan Datuk milik Tuan Hj. Baharudin @ Mohamed Daim bin Mohamad. Rumah warisan tradisional yang sudah berusia 100 tahun ini masih kekal utuh dan cantik sehingga hari ini.
IMG-20180323-WA0020IMG_7621IMG-20180323-WA0018

Ok done jalan-jalan di hari pertama otomen ke Bagan Datuk, Perak. Pada sebelah malamnya pula, otomen dan rakan-rakan media diberi penghargaan untuk merasai sajian menu di sebuah restoran yang baru sahaja dibuka di kawasan Hutan Melintang. Restoran Tok Moh Tomyam baru dibuka lebih kurang satu minggu dan menampilkan menu istimewanya iaitu Roti Papaya. Rasanya seakan-akan roti telur tetapi ia diadun bersama betik dan limpahan susu untuk memberikan rasa manis ketika menikmatinya.

Menu-menu lain yang mungkin korang boleh dapati di sini adalah seperti Char Kuew Teow, beraneka sup, ala carte dan banyak lagi. Pendek kata, malam tuh otomen memang kekenyangan lah sehingga pagi. Hehehe

IMG_7662IMG_7688IMG_7697

Tidak dilupakan juga malam itu, pihak penganjur memberikan hadiah berupa wang tunai RM50 kepada peserta yang telah Berjaya menghantar gambar atau caption paling menarik di media sosial masing-masing. Ianya sangat meriah dan memang menyeronokkan.

IMG_7678

Bagi korang yang berkelapangan untuk datang melawat pelancongan ke Bagan Datuk, Perak ini, ia sangatlah dialu-alukan. Bagan Datuk juga pasti akan menjadi seperti negeri Melaka dengan adanya daya tarikan pelancongannya tersendiri.

Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga otomen ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.