Lama jugak rasanya Otomen tak update blog kan. Almaklumlah busy dengan kerja-kerja hakiki dan blogging. Okay.. nak dijadikan cerita, bulan Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi kan. Dah tak lama dah. Pasti lah di antara korang dah pun memilih lokasi berbuka puasa bersama kawan-kawan, rakan sepejabat dan juga keluarga. Meh sini otomen nak bagi lokasi paling indah untuk korang nikmati buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside. Dengan bertemakan Magical Ramadhan Nights, otomen pasti korang akan seronok meneroka pengalaman berharga berbuka di sini. Jom terjah bersama otomen!
Hotel bertaraf 5 bintang ini tidak mahu ketinggalan dalam mempromosikan hidangan berbuka puasa sempena bulan Ramadhan dengan menampilkan tema pilihan 2018 iaitu Magical Ramadhan Nights bagi meraikan seluruh warga muslim di bulan Ramadhan ini.
Tambah meriah lagi, pengunjung yang hadir berbuka puasa di sini akan dihiburkan dengan persembahan tanpa henti dari timur tengah (arabic), persembahan kebudayaan, muzik saxophone yang membawa kita ke era 60-an dan tidak lupa juga persembahan yang biasa dilihat di pesta-pesta circus atau fun fair seperti terdapatnya badut yang akan menceriakan kanak-kanak dengan belon-belonnya, persembahan orang api, persembahan LED hover board dan banyak lagi.Yang pasti, ia akan menambahkan lagi kemeriahan korang berbuka puasa di sini.
Terdapat lebih dari 300 jenis hidangan disediakan di sini. Antaranya adalah menu-menu tradisional Malaysia dan juga antarabangsa seperti menu western, seafood, BBQ, salad, pelbagai jenis dessert dan tidak lupa juga buffet DURIAN yang pasti memukau korang yang hadir.
Menarik kan menu-menu yang ada kat atas tuh ? Jadi, apa tunggu lagi. Jomlah bawak kawan-kawan mahupun keluarga berbuka puasa di sini.

belum bulan posa pun dah terliur ni. cane?
Hehehe..cepat2 lah booking