Bagan Datuk Kaya Dengan Kelapanya | Road to Agro Tourism Siri 5

Bersambung sekali lagi dalam trip otomen ke Bagan Datuk, Perak. Pagi-pagi lagi otomen dah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke sebuah kilang santan yang tidak asing lagi iaitu S&P Industries Sdn Bhd.

IMG_7720

Kilang santan S&P ini mula beroperasi pada tahun 1983. Ia telah memperkembangkan santan serbuk yang semakin mendapat sambutan pihak ramai. Dan S&P Industries adalah syarikat pertama yang memperkenalkan santan serbuk kepada dunia. Dengan itu, maka santan serbuk dieksport ke seluruh dunia kerana ia lebih relevan berbanding santan cair. Lagipula, santan serbuk mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari santan cair. Jadi, tidak hairanlah hari ini, ramai di kalangan wanita mula menggunakan santan serbuk ini dalam masakan.

IMG_7728IMG_7708

S&P Industries Sdn Bhd menggunakan teknologi yang sangat moen untuk memproses santan cair menjadi santan serbuk. Memang kalau otomen perhatikan seakan-akan rumit, tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada, proses menjadi lebih mudah dan berkualiti.

IMG_7744

Singgah Minum Air Kelapa di Ladang Kelapa MARDI

Otomen singgah pula melawat kawasan pertanian Mardi yang ada di Bagan Datuk. Otomen dan rakan-rakan dibawa ronda naik lori angkut untuk melihat bagaimana penanaman sesuatu pokok kelapa itu, proses minyak kelapa dara, memotong buah kelapa dan juga menikmati minuman air kelapa yang segar dari ladang. Pergghhh…. superb… Memang best dan meriah time tuh.

IMG_8024IMG_8067IMG_8070

Lawatan Tempat Bersejarah Jeti Beting Beras Basah

Seterusnya, kami bergerak menuju ke tempat bersejarah iaitu Jeti Beting Beras Basah. Di sini merupakan lokasi di mana sultan-sultan Perak yang akan menaiki takhta perlu melakukan pertabalan di kawasan ini. Otomen bukanlah pakar sejarah. Jika ingin tahu kisah lebih lanjut, boleh cuba buat carian google atau mencari maklumat yang sahih kisah sebenarnya ye. Yang otomen boleh katakan di sini, lokasinya sangat menarik untuk diingati dan dilawati.

 

IMG_8153IMG_8157IMG_8212IMG_8213

Kemudian, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, otomen dan rakan-rakan singgah menikmati hidangan makan malam di sekitar Bagan Datuk Waterfront. Cantik! Sangat sesuai kepada pelancong yang datang ke sini untuk bergambar.

Dan otomen pun keletihan. Tidurlah otomen sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Sampai bertemu lagi dalam travel yang akan datang.

Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga otomen ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.