Artis Muda Semarakkan Konsert Akustik di Lokasi By Synth

IMG_9691Konsert Akustik yang diadakan pada 7 April 2018 berlangsung hampir 2 jam di Lokasi by Synth, Kota Damansara telah membawakan artis-artis muda tanah air membuat persembahan. Ternyata, sudah ramai artis baru yang otomen sendiri tidak mengenalinya. Ikon artis muda yang telah berjaya membuat persembahan pada malam itu adalah penyanyi cilik berusia 16 tahun, Maisarah Ukulele diikuti penyanyi lain iaitu Sahimi Ibrahim, Zaidi Anwari, Meer Nash, Piu Rusley SV, Alyssa Rosli dan satu-satunya band berkumpulan iaitu Astin Band. Kelainan susunan muzik serta persembahan vokal yang baik, berjaya menghiburkan ramai pengunjung terhadap persembahan konsert pada malam itu.

IMG_9647IMG_9656IMG_9660IMG_9668IMG_9677Kesemua selebriti dan juga Maisarah Ukulele menyampaikan 3 buah lagu. Turut diberi kejutan, Maisarah turut mempromosikan album pertamanya kepada orang ramai. Lonjakan artis muda ini semakin meningkat naik dari sehari ke sehari dengan pelbagai undangan dari ramai pihak. Vokal Maisarah Ukulele dengan lagu hitnya “Oh Si Kacak” Berjaya membuatkan seisi studio bergemerlapan. Secara peribadi, otomen berpendapat yang Maisarah sudah boleh beraksi di pentas berskala besar seperti konsert-konsert mega di luar sana.

IMG_9695IMG_9698Kejutan manis buat penonton pastinya apabila satu-satunya band malam itu iaitu Astin Band menyampaikan lagunya yang membuatkan penonton meriah. Konsert akustik ini sangat sesuai diadakan buat penyanyi muda yang ingin meningkat naik dan mendapatkan momentum diri sebelum membuat persembahan ke konsert yang lebih besar. Rata-rata penyanyi muda ini kesemuanya berbakat dan membuat persembahan dengan baik dan seterusnya membuktikan konsert ini berjaya memberi ruang kepada mereka untuk mengasah bakat dan mengumpul peminat setia dari seluruh Malaysia.

Maisarah Ukulele yang juga masih muda turut terkesan dengan persembahannya pada malam itu dan semakin bersemangat untuk melengkapkan perjalanannya sebagai anak seni.

IMG_9711Lokasi by Synth selaku penganjur utama Konsert Live Akustik mendapat kerjasama dari ramai pihak, media rasmi dan peminat setia.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan lokasi, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

Alamat | 40B, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
No Telefon | 012 – 345 4352

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s