Ingin Makanan Laut Yang Segar? Jom ke Kungfu Steam Seafood, Puchong

Selangor dan Kuala Lumpur merupakan syurga makanan untuk pelancong yang boleh dikatakan makanan popular di Malaysia ada di sini. Bahkan, pilihan restoran antarabangsa juga boleh didapati di sini. Sekiranya korang ingin bercuti ke sini, bolehlah singgah di restoran yang akan otomen ceritakan ini.

IMG_9532

Korang yang meminati makanan seafood pasti teruja jika otomen katakan korang dah tak perlu nak pergi jauh-jauh dah. Hanya di kawasan Lembah Klang ini, korang dah boleh nikmati hidangan makanan laut yang segar dan sedap. Jom otomen bawa korang nikmati seafood di Kungfu Steam Seafood yang terletak di Puchong, Selangor.

IMG_9577Lokasi restoran yang cukup strategik kerana mudah didapati kerana betul-betul berada di tepi highway LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) dan juga tidak jauh dari pusat membeli-belah IOI Puchong. Okay… perut otomen dah lapar. Jom tengok menu makanan tengah hari yang otomen makan di Kungfu Steam Seafood.

Terdapat pelbagai menu yang korang boleh cuba untuk nikmati bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Antara set menu makan tengah hari yang otomen dan rakan-rakan telah nikmati adalah:
1.Minced Chicken with Egg Tofu RM14.80
2.Sweet & Sout Chicken RM29.80
3.Kong Pao Chicken RM29.80
4.Deep-fried Fish Fillet with Thai Chili Sauce RM28.80
5. Deep-fried Oatmeal Prawn with Salad RM47.80
6. Superior Soup Clam with Mee Hoon RM40.80
7. Live Tiger Prawn in Kam Heong Sauce (300gm) RM 47.80
8. Premium Mud Crab in Butter Milk Sauce – Min. 2pcs RM season price + RM10 each sauce
9. Live Clam with Ginger Spring Onion (500gm) RM34.80

IMG_9553 - CopyIMG_9555IMG_9556IMG_9558IMG_9560IMG_9566

Masih berbaki 8 hari di bulan April ini, korang boleh dapatkan promosi yang disediakan iaitu Mud Crab Beli 1 Percuma 1 yang bermula 1 April 2018 sehingga 30 April 2018. Otomen memang suka dengan rasa masakan ketam yang dihidang. Memang fresh dengan disaksikan pemandangan restoran yang selesa dan cantik. Memang terbaik lah!

Mud Crab Promo

Selain itu, restoran ini mempunyai ruang yang cukup selesa dan kondusif serta selamat buat anak-anak kecil yang sedang ligat ingin ke sana sini. Ruang bawah yang menempatkan meja dan kerusi yang mampu menampung sekurang-kurangnya 200 pengunjung pada satu-satu masa. Jom kita naik pula ke tingkat atas di mana korang boleh dapatkan ruang makan VIP yang cukup mewah dan kondusif serta lebih privasi untuk bersama keluarga atau kawan-kawan. Bukan setakat itu sahaja, ruang kanak-kanak untuk bermain juga ada disediakan. Owh ye! Jangan lupa juga ruang untuk korang berhibur pun ada. Sambil menikmati hidangan makanan, bolehlah korang menyumbangkan suara buat keluarga atau rakan-rakan. Memang best kan!

IMG_9585IMG_9594IMG_9600IMG_9602IMG_9608

Otomen memang benar-benar puas hati dengan hidangan yang disediakan di restoran ini. Memang recommend sangat-sangat pada yang nak singgah dan makan di sini. Harga yang diberikan juga berbaloi dengan keadaan restoran yang cukup selesa dan mewah.

Kungfu Steam Seafood Halal dimakan kerana tidak mengandungi “Pork & Lard”.  Jadi, tidak perlu nak risau atau was-was untuk makan di sini ok.

IMG_20180407_135212IMG_20180407_140822IMG_20180407_143330

Untuk maklumat lanjut berkenaan Restoran Kungfu Steam Seafood, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:
Alamat | Kungfu Steam Seafood, Puchong
13A, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
No Telefon | 016 – 213 2828

4 thoughts on “Ingin Makanan Laut Yang Segar? Jom ke Kungfu Steam Seafood, Puchong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.