Hidangan Makanan Sedap, Pakej Katering & Sewaan Dewan UBE Banquet Hall D’Nilai 3

OWS84477

Menjelang Ramadhan ni, memang banyaklah pelbagai hidangan makanan dihidangkan. Otomen berpeluang menghadiri satu Majlis Makan Malam di UBE Banquet Hall D’Nilai 3, Negeri Sembilan. Majlis makan malam yang sangat meriah di samping memberi tawaran hebat kepada golongan yang ingin melangsungkan perkahwinan bersama pakej yang disertakan.

AYP_0254

Majlis Makan Malam UBE Banquet Hall D’Nilai 3

UBE Banquet Hall D’Nilai 3 merupakan sebuah dewan yang cukup luas dan mampu menampung kira-kira 2,000 orang pada satu-satu masa. UBE Banquet Hall D’Nilai 3 menawarkan perkhidmatan sewaan dewan dan katering untuk pelbagai majlis termasuk majlis orang-orang besar seperti Yang Berhormat dan lain-lain.

 

Majlis makan malam mereka telah dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis dan bacaan doa bagi memberkati majlis. Otomen juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blogger, Halim Brothers kerana telah menjemput menyertai majlis makan malam yang penuh gemilang ini. Tidak dilupakan juga official photographer, rakan strategik Halim iaitu CVS Production yang mana sangat pakar dalam bidang fotografi dan videografi dalam merakamkan gambar-gambar sekitar majlis dengan cantik.

OWS84495IMG_8930IMG_8949OWS84488

Pakej Katering dan Sewa Dewan UBE Banquet Hall D’Nilai 3

UBE Banquet Hall D’Nilai 3 menyediakan pakej katering dan sewaan dewan. Jadi, kepad bakal-bakal pengantin yang berada di kawasan berdekatan, dah tak perlu risau lagi mencari pakej terbaik dan jauh. Korang boleh terus dapatkan semuanya hanya di UBE Banquet Hall D’Nilai 3 kerana mereka berkemampuan memberikan terbaik buat korang.

IMG_8944IMG_8940OWS84384

UBE Banquet Hall D’Nilai 3 terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan dan kedudukannya sangatlah strategik kerana boleh dilihat dari tepi jalan dan mempunyai kawasan parkir kereta yang luas. Ia memang sangat sesuai menjadi pilihan bakal pengantin dalam mengadakan majlis perkahwinan mereka terutamanya yang tinggal di kawasan berhampiran. UBE Banquet Hall D’Nilai 3 mempunyai pakej yang lengkap dari makanan sehinggalah sewa dewan. Korang hanya pilih mengikut pilihan dan bajet korang. Semuanya pasti akan direalisasikan.
Selain itu, UBE Banquet Hall D’Nilai 3 juga ada mengadakan majlis makan malam, reunion, pernikahan, graduasi dan majlis aqiqah. Menariknya di sini, pakej sewa dewan ini turut menyediakan pakej lengkap dengan pelamin, meja makan beradab, meja makan tetamu dan beberapa dekorasi untuk menyerikan lagi majlis. Jadi, korang tidak perlu pening-pening lagi dalam mencari perkhidmatan pakej kahwin yang lain. Semuanya ada disediakan di sini.

OWS84413OWS84420OWS84397

UBE Banquet Hall D’Nilai 3 juga berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan katering sejak tahun 1998 yang mana ia telah dikelolakan di bawah UBE Catering Services. Makanan-makanan yang dihidangkan juga enak-enak dan terdapat lebih dari 100 menu hidangan yang korang boleh pilih mengikut bajet dan citarasa korang. Yang pasti, ia mendapat pengiktirafan sijil Halal dari JAKIM.

OWS84491

Makanan yang dihidangkan kesemuanya bagi Otomen memang sedap dan menepati citarasa. Punyalah banyak gerai-gerai makanan yang disediakan. Korang hanya pilih apa yang korang nak makan. Antaranya ialah Gerai Pembuka Selera, Gerai Penyejuk Tekak, Gerai Pencuci Mulut, Gerai Apam Balik “Kriuk-Kriuk”, Gerai Aiskrim “Cing Cing Cing”, Gerai Mee Ketagih dan Gerai Kambing Juicy. Memang terbaik kan!

Lagi menarik korang boleh buat pilihan makanan seperti Nasi Kuning D’Raja, Ayam Golek, Daging Goreng Beriani, Kambing Masak Pedas, pelbagai aneka buah-buahan dan asam, Sup Perut Berempah, Sambal Arab, Acara Arab, Ulam Timun dan banyak lagi. Memang sangat banyak yang korang boleh cuba dan nikmati.

OWS84693OWS84702

Wahh… berita baik buat korang lagi! Sempena bulan Ramadhan ni, pihak UBE Banquet Hall D’Nilai 3 turut menyediakan Buffet Ramadhan yang pasti meriah dan sedap-sedap hidangannya. Otomen rasa memang sesuai la kepada bakal-bakal pengantin yang nak pergi food tasting hidangannya di bulan penuh keberkatan ni. So, Apa tunggu lagi? Jangan lambat-lambat. Lepas Raya dah boleh terus langsungkan majlis dah. Hehehe

IMG_8987OWS84532IMG_20180401_215039

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

 

UBE BANQUET HALL D’NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,

Kawasan Perindustrian Nilai 3,

71800 Nilai, Negeri Sembilan

 

Website:

http://www.ubecatering.com/

Facebook:

UBE Banquet Hall D’Nilai 3

UBE Catering Services

Instagram

ubebanquethall

ube_catering

No. Telefon:

010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email:

ubebanquethall@gmail.com

ubecatering@gmail.com

6 thoughts on “Hidangan Makanan Sedap, Pakej Katering & Sewaan Dewan UBE Banquet Hall D’Nilai 3

  1. Pakej perkahwinan yang sangat menarik, murah dan berpatutan. Makanan yang disediakan juga sedap-sedap

    1. Memang betul. Jadi, anak-anak tidak akan mengganggu ibu ayahnya ketika sedang menikmati hidangan atau berbual dengan saudara-mara atau rakan-rakan. Kan best macam tu? Anak-anak pun tak bosan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.