Bananabro Berjaya Times Square Menghidangkan Nasi Daun Pisang

Okay… kali ni Otomen nak tanya siapa peminat Nasi Lemak Daun Pisang? Mesti ramai suka dan kali ini otomen bawakan korang untuk menikmati hidangan nasi beralaskan daun pisang di bandaraya metropolitan ini. Bananabro yang terletak di Berjaya Times Square membawakan korang menu Nasi Daun Pisang yang juga dipanggil Banana Leaves.

IMG_0476

Konsep makan atas daun pisang ni sememangnya adalah tradisi makanan India dan Mamak. Memandangkan otomen memang pencinta makanan India, jadinya otomen nak cakap di sini, hidangan makanan di Bananabro memang menepati citarasa diri.

IMG_0423IMG_0401

Pertama kali otomen menjejakkan kaki di Restoran Bananabro ini memberikan satu rasa selesa dengan tempat duduknya yang banyak dan berhawa dingin. Sarapan pagi dengan Nasi Lemak Daun Pisang menjadikan ia tradisi rakyat Malaysia dan Bananabro turut menyediakannya.

Otomen semakin teruja apabila Nasi Lemak Daun Pisang yang dihidangkan begitu banyak sekali ‘portion’nya. Memang tak habis kalau makan sorang-sorang ni. Jadi, otomen berkongsi dengan LeYa, isteri tercinta otomen. Paling menarik lagi, otomen dihidangkan juga dengan minuman Teh Tarik Lawa yang rasanya tidaklah manis dan rupanya memang menggiurkan untuk minum.

Nasi Lemak yang dihidangkan disertakan juga sambal tumis yang kaw, ikan bilis yang rangup, telur rebus, kacang tanah goreng bersama ayam goreng berempah dan juga makanan tambahan seperti acar sebagai tarikan unik nasi lemak daun pisang di situ. Rasa memang sangat sedap dan otomen puas hati. Cukup segala bahan-bahan yang ada dalam setiap masakan nasi lemak itu menjadikan otomen teringat masakan emak di kampung.

IMG_0448IMG_0446

Bukan setakat hidangan sarapan pagi sahaja. Korang juga boleh nikmati Nasi Daun Pisang ini untuk makan tengah hari. Set hidangan Nasi Daun Pisang bersama Air Lassi turut dikombinasikan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang menjadikan hidangan makanan tengah hari korang sangat sedap. Set ini turut disertakan dengan Acar Timun, Mutton of the Day, Chicken of the Day, Timun Goreng, Ayam Berempah, Sotong Goreng dan Taugeh Goreng. Harga bagi setiap hidangan makanan tengah hari ini hanyalah RM12.90. Memang berbaloi dan puas hati sebab portionnya memang sangat banyak.

IMG_0456IMG_20180414_125540IMG-20180415-WA0003

Restoran Bananabro yang berkonsepkan Nasi Daun Pisang ini masih juga mengekalkan elemen tradisi yang tidak boleh dilupakan. Pemiliknya mengambil inspirasi dari tradisi masyarakat India, namun memberikan satu sentuhan moden dalam setiap hidangannya di Bananabro. Restoran Bananabro ini memang memenuhi kehendak pelanggan yang menginginkan makan di dalam daun pisang.

Terdapat menu yang boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Antaranya:

  • Mutton of the Day
  • Chicken 65
  • Fried Squid
  • Nasi Lemak Ayam with Acar
  • Teh Tarik Lawa
  • Minuman Passi (4 perisa – Asli, Sour sop, Mango, Strawberry)

PricePrice 1bb1

Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah dan makan Nasi Daun Pisang di Bananabro Berjaya Times Square hari ini. Otomen dah cuba. Korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua.

IMG_0432IMG_0434

Lokasi Restoran Bananabro boleh dapati di sini:

Address: LG-59B (Lower Ground East Entrance)

Google Map : https://goo.gl/maps/APQcrEtDGTA2

Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm

Banana Leaf served: 11.00 am – 9.30 pm

(served 8.30 am – 11.00 am & 3.00 pm – 6.00 pm)

Contact: +603 – 2732 4605

Facebookhttps://www.facebook.com/bananabro.my/

Instagram: https://www.instagram.com/bananabromy/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.