Aiman Tino Kini Pengurus Syarikat dan Lancarkan Produk Pertama Jus Manno & Jus Manno Junior

Aiman Tino tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Aiman yang baru berusia 19 tahun ini mendapat rezeki berganda-ganda setelah lagu sulungnya “Ku Rela Dibenci” semakin melonjak naik. Menjadi duta pelbagai produk, dijemput hadir membuat persembahan, Aiman kini semakin mendapat nama. Terbaru, Aiman telah membuat satu kejutan di mana beliau merupakan pengarah urusan syarikatnya, Manno Resources Sdn Bhd yang telah pun ditubuhkan pada 19 Disember 2017.

Mempunyai tanggungjawab yang besar pada syarikatnya di usia muda ini kerana perlu menguruskan hampir 50 orang pekerja. Walaupun demikian, Aiman tidak merasakan ia satu bebanan dan halangan kerana Ibu dan Ayahnya serta keluarga sering menjadi tulang belakang selama ini.

IMG_6742

Jus Manno & Jus Manno Junior Dari Aiman Tino

Penubuhan syarikatnya yang dinamakan Manno itu mendapat nama dari panggilan adiknya, Ikhwan yang berusia 3 tahun yang sukar untuk menyebut Aiman Tino. Jadi, dengan Perbincangan bersama Ibu dan Ayahnya, maka tercetuslah nama “Manno” dalam penubuhan syarikatnya.

Awal April 2018 lalu, Aiman telah melancarkan produk jus minuman kesihatan, Jus Manno dan Jus Manno Junior dalam satu majlis pelancarannya secara rasmi di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jus minuman yang berasaskan sumber botanical semulajadi dengan tema “Teman Sihat Anda” menjadi produk pertama Aiman yang kini sudahpun berada di pasaran Lembah Klang, Putrajaya dan Sarawak.

Manno Resources akan terus mengorak langkah bersama kakaknya, Fara Hezel yang kini sedang merangka produk baru dan InsyaAllah akan dilancarkan pada bulan Ramadhan ini. Aiman berharap peluang-peluang perniagaan serta pilihan produk yang berkualiti dapat diwujudkan melalui produk yang dikeluarkan oleh Manno Resources.

IMG_6693IMG_6713IMG_6718IMG_9750

Miliki Asas Perniagaan Sedari Sekolah

Ketika ditemui, kita sudah maklum sebelum Aiman bergelar artis, beliau mempunyai perniagaannya sendiri hasil dari bantuan ayahnya, En Yusri. Ketika Aiman di usia 16 tahun, Aiman membantu ayahnya menguruskan kedai makan. Dengan kesungguhan yang ditunjukkan ayahnya telah memberinya untuk mengendalikan perniagaan Char Kuew Teow di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Berkat ketekunan dan kerajinan Aiman menguruskan perniagaannya itu, beliau Berjaya mencapai RM500 satu hari. Dan pada ketika itu juga, beliau tidak pernah sama sekali terlintas menjadi seorang penyanyi.

Hari semakin hari, jadual Aiman semakin pada setelah bergelar artis. Perniagaan Char Kuew Teow nya tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Dan beliau mengembalikan semula kepada ayahnya.

IMG_9912

Aiman sering berkata dalam hati “Peduli apa orang nak kata kat kita, nak kecam atau sebagainya, apa yang penting kita teruskan berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita kerana kita sahaja yang tahu apa yang ingin kita capai untuk bantu keluarga dan masyarakat“.

Dengan inspirasi cerita suka dan duka pengasas-pengasas produk kecantikan dan kesihatan, Aiman bercita-cita dan meletakkan impian serta keyakinan untuk bergandingan belajar bersama pemilik-pemilik besar perniagaan bagi meletakkan dan menjadikan Malaysia sebagai Hub produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi di rantau ini.

IMG_9918

Logo yang ada pada Manno Resources seperti sebiji buah dan mempunyai bulatan berwarna merah dan dua kelopak daun yang menunjukkan tekad dan semangatnya Aiman dalam memajukan perniagaannya. Manno Resources juga melahirkan rasa kasih sayang dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui program yang Aiman wujudkan iaitu “Program Jalinan Kasih”, di mana setiap hasil jualan Jus Manno dan Jus Manno Junior akan disumbangkan setiap RM1 kepada badan-badan amal dan kebajikan. Aiman juga memang berhasrat untuk menambah ilmu dan pengetahuan dalam pengendalian perniagaannya. Semoga usaha murni Aiman beroleh kejayaan.

IMG_6745

IMG_9936

IMG_9941

IMG_9946

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Facebook Manno Resources

https://www.facebook.com/manno.resources.7

Facebook Jus Manno dan Jus Manno Junior

https://www.facebook.com/manno.malaysia/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s