Dah nak 2 tahun jugak Otomen tinggal di Lembah Klang ni. Ada banyak jugak lah kan tempat-tempat makan yang menarik untuk disinggah seisi keluarga mahupun rakan-rakan. Macam-macam pilihan ada. Warung, Restoran, kafe hipster, mamak dan banyak lagi lah kalau korang nak makan.
Jadinya, kali ini otomen dan isteri telah pergi ke satu tempat makan best di Melawati Mall iaitu Makan Culture.
First time otomen singgah ke sini. Memang rasa satu keunikan dan sangat berbeza dengan kafe ala-ala hipster yang ada di Lembah Klang ini. Memang berbaloi jugalah otomen singgah dengan isteri untuk makan di sini. Makanannya pun sedap dan menepati citarasa otomen yang sememangnya waktu tengah kelaparan. Portionnya pun memang sangat banyak dan tak terhabis otomen makan. Maklumlah tangki kecik. Hehehe… Okay… jom follow otomen apa yang menarik korang boleh nikmati di situ.
Pelbagai Pilihan Makanan Asia dan Barat
Makan Culture ni berkonsepkan kafe yang menghidangkan makanan dari gabungan berasaskan makanan Asia dan Barat. Makan Culture menampilkan makanan popular di Malaysia dan ia merupakan franchise yang berkembang mengekalkan kualiti, konsistensi dan harga yang berbaloi serta penyampaian makanan yang sangat baik dan menarik. Makan Culture ditubuhkan pada tahun 2015 dan juga franchise di bawah Restoran Sakura Kristal Sdn Bhd. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan halal yang terbaik, konsep kafe ini menghidangkan pelbagai hidangan yang menarik minat rakyat Malaysia.
Penyediaan makanan di restoran ini sentiasa dipastikan dalam keadaan segar dan panas. Dekorasi dan rasa makanan itu sendiri direka dan dimasak oleh Chef Chong Wenzie dari Group Creative yang juga telah bersama dengan Sakura Kristal sejak tahun 2009 lagi.
Chong yang berkelulusan dari Flamingo International College dan Berjaya University College of Hospitality sangat tertarik dan berminat untuk mendalami hidangan makanan sedari usianya masih kecil. Beliau kerap mengembara ke seluruh dunia untuk merasai masakan yang enak dan dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk dirinya mencipta karyanya tersendiri. Antara destinasi yang pernah beliau pergi ialah Shanghai, Jepun, London, Hong Kong, Taiwan, Australia dan Brussels.
Memandangkan ini juga merupakan kali pertama otomen makan di sini, jadinya otomen, wife dan beberapa pagi rakan blogger memesan makanan yang berbeza untuk dinikmati secara berjemaah. Sharing is caring kan…
Banyak gilerrr kan portion makanan yang Makan Culture ni hidangkan. Memang berbaloi dan perut otomen kenyang sangat lepas makan. Alhamdulillah… Rasa dia memang sedap. Kalau tak, masakan kesemuanya licin dibedal oleh semua orang. Jom… otomen bawa pula korang terjah minuman yang lagi membuatkan korang terliur.
Tu dia!!! Teh Tarik Leleh, Milo Tabur dan Fizzy Kasturi yang betul-betul menggiurkan tekak. Kemudian, pekena pula dengan Cookies and Cream dan juga Triple Chocolate yang sekali tengok je dah terbeliak mata. Pilihan kami semua pada malam tu memang unik dan lain dari lain. Sengaja kami memilih yang special memandangkan ia adalah yang pertama kali singgah dan makan di situ. Rasa pun memang sedap dan manis-manis buah.
Pilihan Restoran Makan Culture ni memang terbaik. Hidangan yang disediakan sangat berbaloi dan sedap.