Berbuka Puasa Dengan Harga Murah bersama Azam Pandan Di Kajang Perdana Avenue

Bulan Ramadhan sudah pun menghampiri kita. Jadi, sudahkah korang bersedia menghadapi bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini dengan segala amalan kebaikan yang dilakukan?

IMG-20180508-WA0207

Jadi, dalam kita melaksanakan amal kebaikan tu, jangan dilupa juga juadah berbuka puasa kan. Meh otomen bawa korang satu lokasi menarik untuk berbuka puasa dengan harga yang berbaloi-baloi dan menepati citarasa. Lokasi berbuka puasa kali ini pasti korang suka kerana dalam satu dewan yang cukup luas dan selesa di Kajang Perdana Avenue dengan kesemua hidangan makanan disediakan oleh Azam Pandan Sdn Bhd.

Azam-Pandan-SB

Berada di Kajang, Selangor dan suasana yang cukup mendamaikan kerana jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Buffet Ramadhan yang dibawakan Azam Pandan kali ini berkonsepkan gerai dan korang boleh dapatkan setiap aneka juadah dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Buffet Ramadhan ini akan bermula dari 17 Mei hingga 12 Julai 2018. Setiap hidangan akan disediakan dan masakan Melayu tradisional dan juga masakan dari Barat, Cina dan India. Yang terbaru untuk kali ini menampilkan masakan Arab. Memang rugi lah kalau korang tak cuba!

IMG-20180508-WA0209IMG-20180508-WA0211IMG-20180508-WA0212IMG-20180508-WA0214IMG-20180508-WA0216IMG-20180508-WA0219IMG-20180508-WA0224IMG-20180508-WA0229IMG-20180508-WA0233

Hidangan Melayu yang boleh korang dapatkan ialah Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pucuk Manis Lemak Keledek dan banyak lagi hidangan yang korang boleh nikmati. Ia juga akan memberi ketenangan pada korang ketika menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana yang cukup mendamailan.

 

Malah, korang juga boleh dapatkan ‘pembuka selera’ iaitu ulam-ulaman segar seperti ulam raja, daun selom, pucuk pegaga, petai dan salad serta pencicah yang enak seperti sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan tidak ketinggalan juga kerabu, acar dan telur asin sebagai pembuka selera dan akan membuatkan korang bertambah-tambah untuk makan.

IMG-20180508-WA0248IMG-20180508-WA0312

Selain itu, hidangan yang popular dalam bulan Ramadhan sudah tentunya kambing goleknya. Jadi berpusu-pusu lah orang serbu untuk mendapatkannya. Kali ini, turut menampilkan hidangan kesukaan ramai seperti Whole Roast Lamb, Arab Cuising Nasi Mandy and Lamb, Grilled Crab, Cucur Udang, Apom, Apam Balik dan banyak lagi. Dan jangan ketinggalan untuk menikmati Penang Char Kuey Teow dari Penang mari!

IMG-20180508-WA0276IMG-20180508-WA0258IMG-20180508-WA0264

Ruang dessert yang menjadi kesukaan ramai kerana hiasannya yang sangat cantik dan comel, memukau sahaja mata yang memandang. Antara pencuci mulut yang boleh korang dapatkan di sini ialah Cake Cheese American, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Mango Pudding, Chocolate Brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan juga Serawa Durian with Pulut.

IMG-20180508-WA0289IMG-20180508-WA0319IMG-20180508-WA0339

Korang juga akan dihidangkan dengan lebih 10 jenis minuman yang warna-warni. Tatkala seharian berpuasa, pasti ruang minuman ini dulu yang akan dituju.

IMG-20180508-WA0340

Kalau korang tertanya-tanya harga Buffet Ramadhan di sini, ia memang murah dan berbaloi-baloi.

Dewasa: RM55.00 nett per person

Kanak-Kanak: RM27.50 nett per person

Sekiranya pengunjung membuat tempahan awal, pengunjung berpeluang mendapatkan 2 orang masuk secara percuma untuk setiap pembelian 10 tetamu yang bayar melalui talian telefon 03 – 7840 0516 / 03 – 7843 0617 atau log on dari laman web, www.azampandan.net.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.