Dasar Luar Malaysia Kekal

TPM
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan dari sukarelawan MyCARE bagi perkongsian misi Flotilla ke Gaza 2018 di Bukit Segambut. – Foto Berita Harian

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju mengekalkan Dasar Luar Malaysia sebelum ini berkaitan Palestin akan diteruskan supaya selari hala tuju yang telah direncanakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dr Wan Azizah juga menjelaskan, tentangan terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis adalah suara umat Islam selain mewakili rakyat Malaysia yang merangkumi pelbagai bangsa.

Oleh yang demikian, kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengubah mana-mana dasar luar yang berkaitan kepentingan dan perjuangan Palestin.

“Kita belum ada Kementerian Luar, tetapi saya ingin jelaskan tiada perubahan berkaitan dasar luar yang menyentuh isu Palestin kerana di Parlimen sebelum ini pun memang wujud kesepakatan menentang keputusan AS memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmaqdis.

“Penentangan oleh Malaysia ini selaras hala tuju dan suara daripada PBB,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), di kediaman peribadinya, di sini, hari ini.

Susulan itu, ketika mengulas misi Freedom Flotilla Coalition (FFC), Dr Wan Azizah berkata, gerakan solidariti memerlukan dana yang banyak kerana kapal dinaiki peserta konvoi berkenaan dijangka dirampas rejim Israel. Jadi, mana-mana pihak yang berupaya membantu diminta tampil menghulurkan sokongan terutama dari segi kewangan.

Difahamkan lagi, seramai 10 aktivis telah menyertai siri pelayaran misi kemanusiaan FFC yang telah pun berlayar dari Copenhagen, Denmark pada 22 Mei lalu dan dijangka tiba di Gaza pada penghujung Julai ini.

Pengerusi MyCare, Prof Dr Hafidzi Mohd Noor berkata misi “Right to a Just Future for Palestine” mengambil masa lebih dua bulan menerusi pelayaran menggunakan bot besar bernama Al-Awda yang membawa maksud “Pulang”.

Kumpulan Aktivis daripada MyCare yang terlibat adalah Dr Fauziah Hassan, Norsham Abu Bakar, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Prof Dr Mohd Nazari Ismail, Dr Mohd Afandi Salleh, Zool Fadli Hamzah, Muhammad Aiman Mohd Zin, Mas Ahmad Jonid, Muaz Ruslan dan Dr Muhamad Yusri Musa.

Sumber: Berita Harian Online

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.