Hai semua… Otomen nak bawa korang semua satu lokasi membeli-belah dengan harga murah giler di Seremban, Negeri Sembilan. Kalau korang nak tahu lokasi terbaik dan menarik itu adalah outlet ketiga Jalan Jalan Japan yang baru dibuka di Seremban Centerpoint.
Jika sebelum ni, otomen pernah bawa korang ke outlet kedua Jalan Jalan Japan di One Shamelin Mall, Cheras, kali ini jom semua lebih-lebih lagi penduduk sekitar Seremban untuk menikmati pemandangan mata bershopping di outlet Jalan Jalan Japan. Jom Terjah!
Jalan Jalan Japan Buka Outlet Ketiga Di Seremban Centerpoint
Kalau korang nak tahu Jalan Jalan Japan atau dikenal dengan JJJ / 3J ni merupakan kedai menjual barangan Pre Loved yang didatangkan khas dari negara Jepun yang sudah pun bertakhta di Malaysia. Seperti yang otomen maklum, Jalan Jalan Japan sudah pun mempunyai dua lagi outletnya iaitu di One City Subang Jaya dan One Shamelin Mall, Cheras. Untuk kali ini, di tahun 2018 ini, sekali lagi Jalan Jalan Japan membuka outlet ketiganya di Seremban Centerpoint.
Bagi yang masih tak tahu apa itu barangan Pre Loved ni, ia sebenarnya adalah barangan terpakai yang dijual semula kepada pengguna lain dengan harga yang sangat murah dan berbaloi di samping kualiti barangan juga sangat berkualiti sama seperti barangan baru.
Menurut Pengarah BOK Marketing, Daichi Shuzui, ia adalah satu trend utama rakyat Jepun untuk mengitar semula barangan sekitar awal 90-an untuk mengurangkan barangan peribadi mereka dengan menjual barangan mereka yang masih dalam keadaan baik. Pelopor trend itu telah dicipta oleh BookOff Corperation dan semakin berkembang pesat kepada lebih 800 outlets di Jepun dan luar negara. Dengan kepadatan penduduk yang ramai di Jepun dan ruangan kediaman yang kecil, jadi sebab itulah mereka memilih untuk mengurangkan barangan peribadi mereka dengan menjual di kedai-kedai Pre Loved.
Otomen dan LeYa pun memulakan langkah untuk membeli-belah di kedai Jalan Jalan Japan dengan mencari koleksi yang menarik untuk dibawa pulang. Dan seperti biasa, otomen lebih memilih untuk memiliki sepasang kasut berjenama Converse yang masih dalam keadaan baru. Koleksi kasut Converse yang entah ke berapa. Hehehe…
Selesai berjalan dan memiliki barangan impian, otomen pun pergi membuat pembayaran di kaunter. Dan kemudian, tanpa disangka-sangka, otomen berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM50 dari pihak Jalan Jalan Japan. WoW!!! Syukur sangat. Bak kata wife otomen, “Dah agak dah syg akan dapat punya. Mana-mana pun kalau ade cabutan bertuah, syg dulu dapat. Hehehe…”. Rezeki tuah badan sendiri. Alhamdulillah.
So…. Kalau korang yang teringin untuk memiliki barangan dari Jepun ni, pihak JJJ ada menawarkan promosi dengan menggunakan hashtag #jalanjalanjapan dan #hargagiler di medial sosial seperti Facebook dan Instagram untuk berpeluang mendapatkan diskaun 5% ketika membeli barangan di JJJ nanti. Memang best kan!
Yang dah tak sabar tuh, jangan lupa mark your calendar pada 2 Jun 2018 ini akan diadakan Grand Opening di Jalan Jalan Japan Seremban Centerpoint.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari di laman sosial di bawah:
Facebook: http://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram: http://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/