Rasai Iftar Ke-20 Di Cyberview Resort & Spa

IMG_1867

Alhamdulillah… Dah dua minggu kita berpuasa di bulan Ramadhan kan. Pejam celik pejam celik sekejap je rasa. Tak terasa pun dek kepenatan berpuasa ni. Sayu pulak rasa hati memikirkan bulan yang penuh barakah ini sekejap je rasa.

Memandangkan dah ramai mula membuat persiapan raya, pasti ada yang dah mula ingin berbuka puasa di luar kan. Jadi, jom Otomen bawa korang semua menikmati hidangan berbuka puasa yang segar dari Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Jom!

IMG_1815

Lokasi yang cukup cantik dan mempesonakan untuk korang bawa keluarga mahupun rakan-rakan berbuka puasa di Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Tengok sahaja suasana di sini, memang menyegarkan. Ditambah lagi dengan hidangan yang disajikan juga segar-segar dan sedap. Memang berbaloilah dengan harga yang ditawarkan.

IMG_1872IMG_1877

Keenakan dan Kesegaran Hidangan Buffet Ramadhan di Verandah Restaurant

Memiliki lebih 26 buah gerai yang berkonsepkan hidangan istimewa dengan pelbagai budaya, ia pasti membawa pengunjung kembali merasai signature ‘seafood-live-on-the-wok’, udang harimau dan ketam yang segar dimasak di tempat yang sesuai dengan citarasa sendiri. Tambahan lagi, Chef Imran dan pasukannya akan memastikan pengunjung yang hadir menyukai makanan laut seperti tiram Australia yang mentah itu. Korang sendiri akan merasai pengalaman memilih tiram yang ada di situ.

IMG_1824Yang pasti korang memang akan berpuashati dengan pelbagai tawaran menarik yang ada. Antaranya masakan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Mexico dan masakan tempatan yang pasti membangkitkan selera makan korang. Terdapat lebih daripada 300 jenis menu disediakan, di antaranya ialah warung masak lemak dan gulai kawah bersama daging, ayam, itik dan ikan salai serta siput sedut.

Selain itu, terdapat juga pilihan lain seperti patin segar, tilapia, salmon dan makanan favourite otomen iaitu Asam Pedas. Tidak dilupa juga Masak Tempoyak yang akan dimasak bila dipesan pelanggan. Korang juga boleh nikmati pelbagai pilihan di gerai Laksa seperti Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Johor dan Laksam. Memang best kan!

IMG_1815

IMG_1820

Turut disajikan hidangan antarabangsa yang harus korang nikmati ketika berbuka puasa di sini. Antaranya adalah pilihan sushi dan ramen dari Jepun, Teppanyanki dan Okonomiyaki dari Korea, pilihan pasta dari Itali, Nasi Paella dari Sepanyol dan banyak lagi.

IMG_1844IMG_1848IMG_1850IMG_1858IMG_1861

Ini menu yang mungkin tidak dapat dipisahkan dalam mana-mana Buffet Ramadhan. Seleksi atau pilihan Kambing Panggang memang menjadi tumpuan ramai tak kira masa. Yang lebih tertariknya di sini, korang boleh rasai ais krim perisa Chicken Rendang dan Teh Tarik yang unik dan tiada di tempat lain. Ia menjadikan berbuka puasa di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa suatu kelainan dan unik untuk korang cuba.

Barisan desserts yang teratur cantik berwarna-warni menambat hati semua pengunjung untuk turut merasainya. Macam sayang nak musnahkan kecantikan susunan desserts di sini.

IMG_1811IMG_1832IMG_1839

Jangan dilupakan juga kepada anak-anak kita. Di sini terdapat juga Kids Zone yang mana pihak Cyberview Resort & Spa menawarkan Chocolate Fountain, Soft ice cream, Candies counter, Popcorn, Cup cakes and Cookies ang telah dipersembahkan oleh Chef Imran.

Selain itu, turut memberikan keselesaan kepada para Ibu Bapa dengan terdapatnya ruang permainan kanak-kanak yang mana mereka akan dipertontonkan filem dan permainan menarik untuk bergembira. Sambil-sambil pengunjung menikmati hidangan Buffet Ramadhan tuh, sambil itu juga korang diperdendangkan dengan hiburan Ghazal yang dibawakan khas sempena Ramadhan kali ini.

IMG_1828IMG_20180420_182008IMG_1862

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Harga bagi setiap orang dewasa adalah RM149 nett dan RM75 nett bagi setiap kanak-kanak serta RM100 nett bagi warga emas. Promosi Early Birds turut diadakan dalam tempoh masa terhad iaitu RM120 nett bagi setiap dewasa, RM60 nett bagi setiap kanak-kanak dan diberikan tawaran potongan 20% kepada pembayaran menerusi kad kredit.

Sebarang tempahan, boleh hubungi 03 – 8312 7042 / 03 – 8312 7041 untuk maklumat lanjut.

Website
Facebook
Instagram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.