Kasih Ramadhan 2018 Memberi Pengalaman Baru Kepada Golongan Kurang Upaya di ASWARA

Tanggungjawab dan kesedaran sosial kepada masyarakat yang kurang berkemampuan memang patut dipandang tinggi oleh golongan yang berkemampuan. Usaha murni para pelajar dari tahun 2 Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 18 Mei 2018 lalu telah mengambil langkah dengan menganjurkan Kasih Ramadhan 2018 “Majlis Berbuka Puasa” bersama komuniti kurang upaya.

IMG_2235

Program Kasih Ramadhan 2018 ini merupakan aktiviti yang bukan sahaja mementingkan serta menjalankan acara berbentuk kesenian dan kebudayaan, malah mereka turut memberi keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Pelajar ASWARA telah mengambil peluang untuk turut rasa prihatin dan kasih sayang dalam kalangan kakitangan dan pelajar kepada golongan kurang bernasib baik yang mana ia terdiri daripada 33 orang pelajar jemputan dari Gurney Training Centre (GTC).

GTC merupakan sebuah pusat latihan vokasional milik Malaysia Association for the Blind (MAB) iaitu sebuah pertubuhan sukarela utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan terhadap komuniti cacat penglihatan.

IMG_2155IMG_2164IMG_2181IMG_2185IMG_2197

Pada majlis berbuka puasa tersebut, pelajar jemputan GTC bukan sahaja hadir untuk berbuka puasa sahaja, tetapi mereka turut merasa pengalaman baru dengan menjalankan aktiviti bengkel muzik wayang kulit Kelantan, ‘ice breaking’, ‘games session’, solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah, Tazkirah Pendek serta Jamuan Moreh sebelum bersurai. Majlis ini telah bermula seawal 4.00 petang.

Selain itu, pelajar GTC juga turut membuat persembahan di atas pentas yang mana mereka hanya berlatih dalam 2 jam sahaja ketika menjalankan aktiviti-aktiviti itu. Kagum bukan! Dengan kekurangan mereka tetap jua berjaya melaksanakan persembahan terbaik di hadapan ramai.

IMG_2208IMG_2220

Alhamdulillah… segalanya berjalan lancar dengan izinNya. Semoga pada masa-masa akan datang, program-program tanggungjawab sosial seperti ini diteruskan dan ditambah lagi demi saham akhirat kita. Insya-Allah.

Maklumat lanjut boleh hubungi seperti di bawah:

Iffah Nadhilah
Pengurus Publisiti Kasih Ramadhan 2018
Tel.: 011 – 3988 0353

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.