Berbaloikah Buat Grab? Ikuti Pengalaman Bersama Otomen Taro

1

Ada juga lah yang bertanya pada Otomen semenjak otomen menjalankan business membawa Grabcar ni, Berbaloikah? Dapat berapa sebulan memandu Grab ni?

Oleh kerana otomen buat Grabcar ni secara part time, jadinya otomen hanya bekerja lebih kurang 4 jam sehari bermula selepas waktu kerja dalam 6.30 petang sehingga 11.00 malam. Dan di hari minggu, jika tiada apa-apa aktiviti, otomen akan laksanakan secara sepenuh masa iaitu dari pagi sampai ke malam. Dan otomen akan pastikan minimum collection RM50 sehari untuk hari biasa dan hari minggu RM100 sehari.

4Berbaloikah Buat Grab? Ikuti Pengalaman Bersama Otomen Taro

Otomen dah mula memandu Grabcar ni pada bulan April tahun lepas yang mana kiranya dah setahun jugalah otomen memandu Grabcar ni kan. Terdapat 2 jenis pemandu untuk Grab iaitu Car dan Taxi. Oleh kerana otomen bukanlah pemandu teksi, jadi otomen memilih sebagai pemandu Grabcar.

Jadi, total collection yang otomen akan dapat daripada penumpang adalah sebanyak 20%-25% daripada grab. Kemudian, dalam 20%-30% merupakan kos perjalanan seperti minyak+tol+lain-lain. Namun, kos ini bergantung kepada kadar harga minyak yang turun naik. Kiranya kos bekerja otomen adalah dalam 50%.

Dan 10% daripada total collection itu otomen akan simpan untuk maintenance di mana anggaran biasa adalah RM150 – RM200 sekali dengan servis tukar minyak semi synthetic.

Jadi, secara puratanya, untuk satu perjalanan yang kos RM10, RM2 akan kepada komisyen, RM2-RM3 untuk kos dan RM1.50 untuk maintenance. Jadi, otomen akan untung dalam RM4 – RM5 satu perjalanan RM10.

Untuk pengetahuan semua juga, Grab juga ada insentif yang diberikan. Sebagai contoh, Grab menawarkan tambang tetap RM30-RM35 untuk satu perjalanan pada waktu kemuncak. Struktur tersebut boleh semak di link bawah ini:

https://www.grab.com/my/blog/driver/car/grabcar-economy-weekly-earning-structure-klang-valley-negeri-sembilan-20170423/

Kebiasaannya, insentif ini otomen akan peroleh dalam RM70-RM150 seminggu.

5

Jadinya, anggaran Otomen yang memandu untuk 5 hari seminggu dan konsisten dalam 4 jam boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM700-RM800 sebulan bersih setelah ditolak kos sana sini yang telah dinyatakan di atas. Dan, jika ditambah pada waktu hujung minggu, otomen boleh dapat dalam RM2,000 – RM2,500 sebulan dengan hanya konsisten 4-5 jam sehari.

Sekiranya, ada yang berminat untuk memandu Grabcar, boleh rujuk Otomen sebagai referer. Hehehe

Website Grabhttps://www.grab.com/my/driver/

Name | Faizol Hafizi bin Mohamed Tah

Referral ID | faizol55281

One thought on “Berbaloikah Buat Grab? Ikuti Pengalaman Bersama Otomen Taro

  1. Alhamdulillah… rezeki yang Allah berikan kepada suami LeYa ni… syukur dapat suami yang rajin bekerja.. Carilah rezeki halal walaupun sedikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.