Rasa Makanan Australia Di Kontiki Restaurant The Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera Otomen Taro ucapkan kepada semua pembaca setia blog otomen taro ini. Di kesempatan ini, otomen nak tanya, pernah kah di antara korang yang sudah pergi ke Australia? Hingga ke saat ini, Otomen belum lagi berpeluang untuk menjejakkan kaki ke situ. InsyaAllah, satu hari nanti akan otomen singgah dan jelajah benua Australia bersama isteri tersayang, LeYa. Walaupun begitu, Otomen dapat jua menikmati hidangan Australia yang kini korang juga boleh dapati di Malaysia ini. Jom ikut otomen kalau nak tahu di mana.

IMG_4505

Bersempena dengan Discover Australia – A Taste of Australia yang dianjurkan oleh Federal Hotels International (FHI) Kuala Lumpur dan Grace Hotel Sydney serta disokong dari Suruhanjaya Tinggi Australia, AUSTRADE, Pelancongan Australia dan MLA Meat & Livestock Australia dan Citibank akan membawa anda rasa Australia di Kontiki Restaurant yang bermula pada 13 Julai hingga 29 Julai 2018.

IMG_4471

Hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini menyajikan makan malam yang dibawa khas dari Australia oleh Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin. Korang yang datang menikmati makan malam di sini akan dapat rasa cara sebenar dari negara Australia. Jadi, tak perlu nak pergi jauh-jauh dah. Hanya di Kontiki Restaurant The Federal Kuala Lumpur, korang dah boleh nikmati makanan Australia.

IMG_4470

 

Bagi pencinta makanan BBQ, ini merupakan berita baik buat korang kerana menu utama yang menjadi pilihan makan malam di sini adalah set BBQ yang mempunyai pelbagai pilihan yang dimasak menggunakan rempah istimewa. Korang boleh cuba Rack of Lamb yang digaul bersama Rosemary & Garlic, Tulang Rusuk bersama smokey BBQ lacquerRump Steak bersama bawang Devilled, Gourmet Sausages dengan Tomato & Jam Cili, Kebab Ayam bersama Lemongrass, Halia dan Bawang putih dan Salmon Grill.

IMG_4472

Selain itu, hidangan Australia yang popular adalah makanan laut yang segar dan kepelbagaian jenisnya. Dibawakan khas kepada pencinta makanan laut di Malaysia seperti Oyster, Ketam, Udang, Udang Lipan, Kepah dan banyak lagi. Korang boleh membuat pilihan sama ada makan dengan cara BBQ atau makan secara segar bersama sos yang disediakan. Kebanyakan makanan laut ini dibawa dari New South Wales, Australia.

IMG_4464IMG_4465IMG_4466IMG_4467

Kemudian, korang juga boleh dapatkan hidangan lain seperti salad dan sayur-sayuran segar seperti Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives, BBQ Corn on the cob with maple syrup & parsley butter, pelbagai jenis roti di dalam bakul yang disediakan seperti Garlic Bread, Chunky chips with nori salt, salad bar of coselaw, roasted beetroot, English spinach, feta & candied walnuts, garden salads, caprese salad dan potato salad.

IMG_4477IMG_4480IMG_4483

Part yang paling diminati golongan wanita adalah pencuci mulut. Korang jangan ketinggalan untuk nikmati Pavlova dan Puding Caramel yang sangat lazat di sini.

IMG_4493IMG_4494IMG_4495IMG_4462

Harga bagi setiap bufet makan malam di Kontiki Restaurant ini hanya RM148.00 nett untuk dewasaRM74.00 nett untuk warga emas dan RM55.00 nett untuk kanak-kanak. Kepada pelanggan atau ahli Gracious Rewards & FHI Priviledge Club akan turut menerima diskaun sehingga 30% dan baut pemegang kad Citibank pula akan turut dapat diskaun sebanyak 25%.

Harga:-

RM148.00 nett untuk dewasa

RM74.00 nett untuk warga emas

RM55.00 nett untuk kanak-kanak

IMG_4506IMG-20180713-WA0038

Untuk pengetahuan korang, bufet makan malam ini hanya akan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malamSo, apa kata hujung minggu ini korang cepat-cepat book dan bawa keluarga mahupun rakan-rakan menikmati hidangan makanan Australia. Korang yang dah makan di Kontiki Restaurant ini turut berpeluang memenangi percutian 3 hari 2 malam di Grace Hotel Sydney dan hadiah-hadiah menarik yang lain. Jadi, jangan tunggu lagi! Jom, cepat bawa keluarga dan rakan-rakan menikmati makanan Australi selagi promosi masih ada.

Untuk maklumat lanjut:-

Telefon | +603 – 2148 0468

Website | www.fhihotels.com

Facebook | www.facebook.com/TheFederalKL

One thought on “Rasa Makanan Australia Di Kontiki Restaurant The Federal Hotel Kuala Lumpur

  1. Illya LeYa says:

    Memang menarik hidangan yang disediakan. Terasa ingin pergi sekali lagi untuk menikmatinya.. Berbaki 5 hari ni… Jom! kita singgah…hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.