Pengalaman Menarik Di Potboy O2O Groceries, Jaya One, Petaling Jaya

IMG_4335

Yeah!!! Bertemu lagi dalam blog lifestyle Otomen Taro. Beberapa minggu lalu, otomen berkesempatan membeli-belah di POTBOY O2O Groceries. Kalau korang nak tahu apa yang dikatakan Potboy O2O Groceries ni, jom ikuti kisah otomen bersamanya di sini.

IMG_4338

Ok… Potboy O2O ni sebenarnya merupakan peruncit atas talian ke luar talian yang pertama di Malaysia. Pada 6 hingga 8 Julai 2018 bertempat di aras P2, Jaya One, Petaling Jaya, telah berlangsungnya satu jualan besar-besaran dari Potboy O2O Groceries. Selama 3 hari jualan itu berlangsung, korang akan dapat saksikan pelbagai barang-barang runcit dijual dengan harga yang murah sehingga 70%.

Jualan Potboy O2O Groceries pada waktu tu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Kalau korang nak tahu lagi, platform FavePay ni adalah kaedah pembayaran korang ketika berbelanja di sini. Senang kata, mereka mengamalkan konsep cashless. Tak payah susah-susah nak bawa duit banyak-banyak dah.

IMG_4347

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,111 diberikan kepada pemenang yang berjaya melepasi segala cabaran tersebut. Otomen telah berkesempatan menghadiri jualan tersebut di hari terakhir iaitu 8 Julai 2018 (Ahad) bersempena hari kelahiran isteri tercinta, LeYa. Dengan penuh keterujaan, otomen menyahut cabaran blogger untuk aktiviti makan “Maggi Pedas Giler” perisa Tomyam.

Sememangnya otomen ni bukanlah jenis yang kuat makan pedas. Tapi demi menyahut cabaran ini, otomen cuba jua. Mana tahu tuah ayam kan… Hehehe… Tapi memang dah bukan rezeki otomen. Di awal penyertaan dah kecundang. Hahaha… Takpe…janji cuba kan!

IMG_20180708_152638IMG_4349IMG_4382

Cabaran untuk makan “Maggi Pedas Giler” ni telah disertai seramai 35 orang. Dalam cabaran ini, peserta dikehendaki untuk makan selaju mungkin untuk bergelar juara dan seterusnya membawa pulang wang tunai RM1,111. Menarik bukan! Walau otomen tak berjaya, tapi otomen tetap maintain dan happy tengok peserta yang kuat-kuat makan ni.

Dalam cabaran pertama, peserta perlu makan maggi pedas giler selaju yang boleh untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya yang hanya 10 orang sahaja dipilih. Kemudian, di pusingan kedua, peserta perlu makan seberapa banyak mangkuk maggi yang ada dan kebanyakan mereka mampu menghabiskan 2 mangkuk maggi. Hanya 5 orang yang layak untuk pusingan ini. Saat yang dinantikan tiba. Pusingan terakhir dan penentu juara. Hanya 4 peserta yang bertanding. Mereka dikehendaki makan secara paling pantas dan licin di mangkuk serta tiada terbuang di mana-mana tempat. Time ni memang ada yang dah termuntah dan tarik diri. Korang bayangkan lah betapa banyaknya mereka sudah makan dari awal pertandingan tadi. Memang muak dan mengenyangkan. Tetapi, demi bergelar juara, mereka teruskan jua.

IMG_4392

Cabaran “Maggi Pedas Giler” akhirnya dimenangi oleh peserta, Encik Najmuddin Nasrol dari Sungai Buloh. Memang tabik spring la otomen dengan beliau. 4 mangkuk maggi dihabiskannya. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya meraih wang tunai RM1,111Steady je bro ni walau perut dah kekenyangan.

IMG_4397

Ketika jualan berlangsung, banyak jugalah puan isteri otomen ni memborong. Otomen layan kan aje. Faham lah… Perempuan kalau dah nampak barang murah-murah. Memang rambang mata. Semuanya nak dibelinya. Tapi cukuplah sekadar keperluan di rumah yang kira otomen untuk sebulan jugak lah. Hehehe….

Actually, otomen yang lelaki pun terpengaruh juga. Mana taknya, semua barangan terlajak murah kaw. Memang masing-masing yang datang tak akan balik dengan tangan kosong. Otomen juga berkesempatan merasai minuman terbaru dari produk Hersheys, Coca Cola Stevia, 100Plus kurang gula dan banyak lagi. Memang best dan otomen dapat rasakan inilah satu pengalaman yang  tak dapat dilupakan.

IMG_4400IMG_4411IMG_4416

IMG_4418IMG_4428IMG_4456
IMG_20180708_160150

Penuh juga bonet kereta dengan barang-barang yang dibeli LeYa dan Otomen. Memang tak ingat dunia semua bila bershopping ketika tu. Naik jenuh mengangkat sampai sakit-sakit tangan masuk kereta.

Kalau korang teruja dengan pelbagai barangan murah di Potboy O2O, jangan risau. Korang boleh dapatkannya secara atas talian. Sekarang kan zaman teknologi di hujung jari. Jom shopping!

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke:-

Website | www.potboy.com.my

Facebook | www.facebook.com/potboygroceries

Instagram | www.instagram.com/potboy_groceries

IMG-20180708-WA0027

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.