Nikmati Steamboat&Grill dan Shell Out Termurah di Seri Kembangan, Selangor

Otomen berkesempatan sekali lagi untuk menikmati menu baru di sebuah cafe yang tidak asing lagi iaitu D Aura Cafe yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan, Selangor. Kali ini, otomen nak bawa korang semua merasai hidangan seafood mereka yang sedap dan sangat murah. Jom ikut otomen!

D Aura Cafe

Seperti yang otomen pernah kata dahulu, cafe ini merupakan sebuah cafe yang berkonsepkan muslim friendly dan sudah pasti kesemua hidangannya adalah halal. Menu yang akan otomen nikmati pada malam itu dibawakan khas sempena promosi istimewa hasil dari air tangan chef terbaik iaitu Steamboat & Grill serta makanan yang semakin popular, Shell Out.

IMG_20180102_152732

For the first, otomen mencuba dahulu hidangan Steamboat & Grill nya yang dihidangkan bersama daging lembu, kambing, ayam dan ikan. Kalau korang nak tahu lagi, kesemua set daging ini sudah diperap bersama sos yang disediakan chef. Jadi, bila korang menikmati hidangan Steamboat & Grill ni, memang sedap dan terasa perapannya pada set daging itu. Korang boleh buat pilihan sendiri sama ada nak masak secara medium rare atau full cook. Semuanya ikut citarasa korang.
IMG_4735
IMG_4737
Kemudiannya, otomen akan mencuba pula menikmati hidangan Shell Out yang disediakan bersama makanan laut seperti ketam, kerang, udang, kupang, pepahat dan juga sayuran seperti brokoli dan juga jagung manis. Set Shell Out yang sememangnya menampilkan kombinasi yang terbaik sebab ia menampilkan satu kelainan dari yang pernah otomen cuba di tempat lain. Jadi, korang memang kena cuba rasainya.
Set Shell Out ini dihidangkan bersama satu dulang dengan dua pinggan nasi untuk dua orang makan. Otomen recommend korang untuk nikmati Set Shell Out ni ketika masih panas lagi. Ketika itu, barulah korang akan rasa kelazatan dan kehangatan Shell Out yang dimasak chef ni.
Dikhuatiri bila dah sejuk nanti, korang akan rasa kekenyangan. Hehehe
IMG_20180725_235921
So, bagi yang teringin dan ada perancangan nak datang ke cafe ni, otomen memang recommend sebab cafe ni sangat selesa dan berhawa dingin dan pasti membuatkan korang bertambah-tambah nak makan. Oh Ye! Tidak dilupakan juga. Cafe ni menyediakan pakej sambutan Hari Lahir, Ulang Tahun Perkahwinan dan lain-lain serta pihak cafe boleh melaksanakan segala suprise untuk hari teristimewa korang bersama pasangan mahupun keluarga atau rakan-rakan.
IMG_20180102_142015
Tetapi otomen nak ingatkan pada korang yang nak datang makan untuk promosi Steamboat & Grill atau Shell Out, haruslah kena booking dahulu sebab cafe selalu penuh.
D Aura Cafe ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 1.00 tengah hari hingga 11.00 malam.
Dari segi harga, otomen memang rasakan ia sangat murah dan berbaloi-baloi.
  • Shell Out = RM18.00
  • Steamboat biasa = RM18.00
  • Steamboat & Grill = RM28.00

Korang rasa berbaloi kan? Rugi sangat kan kalau tak bawa family atau rakan-rakan makan kat sini. Apa lagi? Jom buat tempahan sekarang untuk rasai kelazatan hidangan Steamboat & Grill atau Shell Out di sini.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi:-

WhatsApp / Call | +60 111 092 3832

Facebook | https://www.facebook.com/dauracafe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.