Nikmati Peluang Menyaksikan The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19

Tibalah masa yang dinanti-nantikan! The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 secara rasminya telah memulakan persembahan kembara di Padang Timur, Petaling Jaya sebagai satu lokasi pertama mereka yang akan berlangsung dari 10 Ogos 2018 sehingga 2 September 2018.

The Moscow Circus Emsemble Dancers (4)

Jelajah edisi khas selama 8 bulan ke seluruh bandar di Malaysia yang dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich merupakan peluang keemasan buat pengunjung untuk menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang terpesona dan mengejutkan, yang didatangkan khas dari Rusia. Program yang semestiny bebas haiwan ini akan diadakan di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin dan memuatkan 2,700 pengunjung dan merupakan khemah sarkas terbesar di Malaysia.

Diabolo Spinners - The Romanov Duo

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 merupakan penerbitan khas yang menampilkan artis-artis dipilih secara teliti gabungan daripada dua syarikat sarkas Rusia terbesar dan termasyhur, the Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus.

Artis sarkas Rusia yang bertaraf antarabangsa dan terletak di puncak kesenian sarkas dunia telah memukau penonton di seluruh pelusuk global selama berpuluh tahun dengan persembahan penuh ciri kesenian dan kemahiran atletik.

High Wire - The Svezhov Duo (1)Master Juggler - The Incredible Semion Krachinov (2)

The Moscow Circus akan melangsungkan kembara ke 10 bandar di seluruh negara meliputi Petaling Jaya, Pulau Pinang, Prai, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang. Terdapat juga perancangan untuk membawakan acara ini ke Sabah dan Sarawak selepas kembara di Semenanjung Malaysia. Kembara Semenanjung Malaysia akan bermula pada 10 Ogos 2018 dan akan mengambil masa sepanjang lapan bulan untuk selesai.

Setiap acara merangkumi program bertaraf antarabangsa selama dua jam yang menampilkan hampir 40 artis yang akan memulakan program dengan pertunjukan cavalcade oleh semua artis, diikuti oleh persembahan menakjubkan daripada aerialist, penjalan kaki wayar tinggi, artis trapez, akrobat, juggler, pemain roller skate, pemutar diablo dan pakar ilusi, semuanya dikendali oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants.

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas para penonton, keseluruhan persembahan akan bertempat di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Khemah The Moscow Circus bakal menjadi khemah sarkas terbesar di Malaysia.

Tradisi sarkas Rusia telah dikenali di peringkat global sejak ratusan tahun dahulu dan telah menghiburkan pengunjung dari serata dunia dengan persembahan yang menawan dan menakjubkan. Kini, buat pertama kali di Malaysia, artis-artis yang dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyhur dari Rusia – Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus akan berganding bahu untuk memberi pertunjukan yang lain daripada lain.

“Kami amat teruja untuk membawakan kumpulan sarkas Rusia ini ke Malaysia”, kata Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia. “Kumpulan ini telah pun bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan mereka memberikan persembahan yang berkualiti dan bertaraf tinggi. Kami amat berharap untuk melihat lebih banyak tawa dan senyuman daripada pengunjung di setiap pertunjukan kami di Petaling Jaya dan akan datang, di Queensbay Mall (Kawasan Parkir), Pulau Pinang.”

Pengunjung yang hadir bakal menyaksikan persembahan yang mendebarkan daripada aerialist, artis trapez serta akrobat swing Rusia, termasuk sorotan khas yang ditampilkan oleh artis juggling terkenal, Semion Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi daripada The Romanov Duo, persembahan daripada pakar ilusi iaitu The Moskalov Duo, dan pejalan kaki wayar tinggi iaitu The Svezhov Duo, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants dan Ringmistress yang jelita, Karina Peace.

Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan tertinggi daripada http://www.ticketpro.com.my/. Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara.

Selain itu, The Moscow Circus turut menjalankan tanggungjawab dalam menggembirakan kanak-kanak kurang bernasib baik untuk melihat pertunjukan mereka. Dengan kerjasama Budimas Charitable Foundation, pihak penganjur mengalu-alukan lebih daripada 260 kanak-kanak pada 11 Ogos dan memberi peluang kepada mereka untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia yang bakal menjadi kenangan terindah mereka.

Rakan Perbankan Rasmi, Maybank menawarkan pemegang kadnya diskaun sehingga 15% untuk Pakej Keluarga ke pertunjukan Petaling Jaya (sah sehingga 2 September) dan pemegang kad Maybank juga dapat menikmati faedah lain termasuk penebusan TreatsPoints/Membership Rewards serta berpeluang memenangi dua tiket Premium B dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1500!

Maklumat tentang The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19

Masa Pertunjukan:

Isnin | Tutup

Selasa – Khamis | 8.30 malam

Jumaat | 5.30 petang dan 8.30 malam

Sabtu dan Ahad | 11.30 pagi, 3.00 petang dan 7.30 malam

Lokasi seterusnya selepas Petaling Jaya adalah Pulau Pinang yang akan bermula pada pertengahan September 2018.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket The Moscow Tour of Malaysia 2018/19 ini akan disalurkan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara.

Maklumat lanjut, sila layari www.themoscowcircus.com.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.