Baru-baru ini Otomen berkesempatan menyaksikan satu pelancaran aplikasi Smartphone yang sangat hebat di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Aplikasi yang dibangunkan itu dikenali dengan Cannis App di mana ia mempunyai tujuh(7) fungsi yang pelbagai iaitu e-dagang, diskaun membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, video kreatif, media sosial yang meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian serta pembayaran secara online yang memacu gelombang baharu dalam aplikasi peranti mudah alih ini.
NIMPMOS Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat dari Malaysia yang telah melancarkan aplikasi Cannis ini dan ia bertujuan mewujudkan platform bersepadu serta menggalakkan perkembanga dan pembangunan perniagaan perkhidmatan aplikasi media sosial. Acara ini juga telah mengumpulkan ribuan hadirin dan turut dirasmikan oleh The Royal Selangor, HRH Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Jom ikuti kisah Otomen tentang aplikasi menarik ini.
Cannis App merupakan aplikasi yang menjanjikan kejayaan pada tahun 2018 dan pertumbuhan pesat pengguna media sosial China. Tan Sri Ong Tee Kiat juga berkata kadar penembusan telah meningkat dan kebangkitan blockchain telah membatalkan industry semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet merupakan tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.
Sejak Mac tahun ini, Cannis App memperoleh beberapa syarikat teknologi termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan analisis data besar, serta turut menjadi Rakan Google.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Dr. Azman Chin, Cannis adalah sebuah platform penyepaduan kepada semua di dunia ini. Orang ramai tidak perlu lagi memuat turun pelbagai aplikasi, selagi mana mereka sudah memiliki Cannis App kerana ia dapat memenuhi segala permintaan pelanggan dalam semua tujuan.
Terdapat tujuh (7) fungsi yang popular pada Cannis App termasuk siaran langsung dalam talian, e-commerce, permainan dalam talian, video pendek, media sosial, diskaun membeli belah, dan pembayaran secara digital. Ia mengumpul lebih daripada 10,000 pengguna dalam tempoh 24 jam.
Falsafah Cannis “u think it, we built it” merupakan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan serta mengumpulkan data pengguna secara global bersama-sama.
Cannis bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan muda malah sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutama Asia Tenggara. Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem.
Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh terus dapatkan aplikasi mudah alih ini dengan hanya muat turun di Google Play Store. Manakala, bagi pengguna IOS, ia masih belum boleh dimuat turun. Selain itu, korang juga boleh dapatkan di laman web http://api.ickapay.com/download/index.html