Monopoly Cheaters Edition Kini Boleh Didapati Di Malaysia

IMG_20180814_204603

Korang masih ingat lagi tak tentang permainan Monopoli? Kali ini, otomen berpeluang bermain satu permainan Monopoly baharu yang sudah pun muncul di Malaysia. Permainan Monopoly Cheaters Edition ini memberikan semua pemain mencabar antara satu sama lain dan cuba elakkan seberapa banyak penipuan yang ada. Get caught, and you’ll be cuffed!

Selama ini, sudah bertahun-tahun Monopoli klasik dikatakan telah mencetuskan perselisihan dan arguments di kalangan para pemain. Satu kajian telah dijalankan oleh Hasbro dan memberitahu bahawa hampir separuh daripada pemain permainan Monopoli cuba menipu ketika permainan dimainkan dan sering menjadi perbalahan apabila di akhir permainan. Semua penipuan bermula dari awal permainan hingga ke akhir. Antara penipuan yang dilakukan ialah dengan cara seperti mencuri wang tambahan dari bank atau mengambil langkah tambahan utnuk mengelakkan penjara.

IMG_5022IMG_5025

Pada malam di mana otomen turut serta dalam permainan Monopoly Cheaters Edition, otomen dapati yang rules and regulation untuk permainan baharu ini tidak ada penipuan dilakukan. Dengan satu set permainan yang menarik, Monopoly Cheaters Edition memerlukan setiap pemain mengikut segala peraturan dan tidak dibenarkan melanggar peraturan untuk memenangi permainan.

Ini sangat berbeza dengan permainan Monopoli tradisional di mana permainan baharu ini memberi ganjaran hebat kepada pemain yang berjaya melarikan diri tanpa ditangkap. Matlamat permainan ini masih tetap sama iaitu di akhir permainan, pemain yang mempunyai jumlah wang paling banyak dikira pemenang. Permainan ini pemain boleh melangkau ruang (skip spaces), mengumpul wang monopoli dengan melepasi petak GO dan melepaskan tapak sewa apabila pemilik tidak menyedarinya.

IMG_20180814_191218

Menurut Wu Hsiao Mae, Pengurus Jenama Hasbro Toy (Malaysia), “Ia sentiasa menjadi misi kami untuk mencipta permainan yang sangat menyeronokkan untuk bermain, menyeronokkan untuk ditonton dan menyeronokkan untuk dikongsi,  kepada semua orang. Saya sangat gembira kerana telah memperkenalkan Monopoly Cheaters Edition kepada semua.”

“Ini adalah satu permainan yang sangat mencabar dan menarik untuk bermain dengan rakan-rakan mahupun keluarga. Pemain hanya perlu mengeluarkan personaliti watak dalaman mereka untuk membeli, menjual, impian dan scheme untuk memenangi permainan. Saya percaya kebanyakan dari kita semua pernah menyelinap keluar wang tunai tambahan dari bank Monopoli atau melangkau giliran untuk mengelakkan diri daripada penjara. Dengan pelancaran Monopoly Cheaters Edition, kami memperkasakan para pemain untuk menjadi lebih licik dan mencapai misi yang dinyatakan pada cheat card.”tambah Mae lagi.

IMG_20180814_191957IMG_20180814_192036

Monopoly Cheaters Edition hadir dengan gari plastik untuk menghukum mereka yang ditangkap menipu. Sebagai tambahan, Community Chest and Chance cards turut dilengkapi dengan 15 cheat cards yang memberikan peluang pemain serta bagaimana untuk penipuan.

IMG_5038

Monopoly Cheaters Edition kini boleh didapati di semua kedai permainan dengan harga RM103.70. Maklumat lanjut dan segala aktiviti terkini boleh dapatkan di laman web, https://www.hasbro.com/en-my.

IMG_20180814_215929

2 thoughts on “Monopoly Cheaters Edition Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.