Teroka Pelancongan Menarik di Guangxi

IMG_4749

Guangxi, China, tempat yang cantik dan sejuk serta ada cerita lagenda menarik di dalamnya. Lebih menarik gadis-gadinya pun cantik-cantik dan manis. Tengok sahaja dua gadis sebelah kiri dan kanan otomen ni. Cantik kan? Hehehehe

Apa yang menarik yang ada di Guangxi? Jom ikuti cerita otomen ketika menghadiri satu program mempromosikan Guangxi ke Malaysia.

IMG_4746

Baru-baru ini otomen berpeluang menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Guangxi Autonomus Region Tourism Development Comission di Summit 1, The Vertical Bangsar South City bagi mempromosikan pelancongan Guangxi ke Malaysia serta mengeratkan lagi hubungan diplomatik dua hala.

Program yang dianjurkan ini bertemakan “East or West Guangxi Landscape Is The Best”? Kepada yang mungkin sedang merancang percutian keluarga mahupun rakan-rakan untuk ke Guangxi, ini mungkin dapat memberi korang maklumat yang berguna. Dalam program tersebut, ia telah disampaikan dalam enam filem pendek yang berjudul “Lao, Shan, Bian, Shan, Hai, Shou” di mana setiap cerita yang disampaikan mengisahkan keunikan yang terdapat di Timur dan Barat Guangxi.

IMG_4787IMG_4808

Tarikan utama dan popular di Guangxi adalah Guilin. Guilin terletak 400KM ke utara Nanning dan kawasannya sangat sejuk dengan suhu 16 darjah celcius. Justeru, pelancong yang ingin ke sini dimestikan membeli baju sejuk terlebih dahulu untuk menghangatkan badan sambil berjalan-jalan sekitar kawasan Guilin.

Kemudian, di Guangxi juga terdapat pemandangan alam semulajadi yang cukup indah dan pasti membuat semua terpukau dengan keindahan itu. Keindahan alam semulajadi itu korang boleh menyusuri Sungai Li (Li River) dan Air Terjun Detian (Detian Waterfall). Para tetamu yang hadir pada program itu pun sudah terpukau dengan keindahan yang dipaparkan di slide presentation dan turut disajikan dengan tradisi masyarakat budayakuno yang penuh misteri di mana ada sebuah perkampungan yang hidup dengan umur yang panjang.

2

Korang juga boleh gua warna warni Li River Crown Cave dan Silver Cave yang terletak di Guilin. Tempat pelancongan menarik yang tidak ada di Malaysia. Jadi korang wajib singgah melihat keindahan warna-warni gua ini. Terdapat juga Gua Reed Flute yang juga dikenali sebagai Istana Seni Semulajadi yang juga menjadi tarikan pelancong ke sini. Satu pengalaman yang menarik yang pasti membuat korang ingin teroka ke Guangxi.

1

Dalam program itu juga, otomen turut diberi peluang menjelajah setiap mini pameran yang ada di situ. Menariknya, Teh Guangxi yang sangat terkenal turut dibawa ke pameran itu dan memberi peluang kepada semua tetamu yang hadir untuk menikmati keunikan teh itu. Teh Guangxi yang unik itu dijual sehingga RM26,000 per kilogram. Ia sangat mahal tetapi terlalu banyak khasiat dan agak sukar cara pembuatannya. Keunikan dan kebudayaan serta keindahan alam semulajadi yang ada di Guangxi ini lah yang menarik minat ramai pelancong untuk dikunjungi.

IMG_4753IMG_4754IMG_4755IMG_20180731_102332

Otomen juga berpeluang mencuba satu aktiviti yang diadakan di mana otomen dikehendaki minum secawan teh yang rasanya Manis, Masam dan Pahit serta para tetamu perlu teka siapakah di antara kami bertiga yang meminum Teh pahit. Hehehe… Ternyata ketiga-tiga peserta berjaya melakonkan watak dengan jayanya mengaburi mata tetamu di bawah. Otomen merupakan peserta kedua dan peserta ketiga lah yang sebenarnya merupakan minuman pahit.

IMG_20180731_114900

Memang sangat banyak lokasi menarik yang boleh korang lawati di Guangxi. Antaranya ialah Xingping Ancient Town, Yangshuo West Street, Eight Villages of Chengyang, Weizhou Island dan lain-lain.

3

Secara peribadi, Guangxi memiliki tempat pelancongan yang sangat menarik. Otomen sendiri tidak sangka terdapatnya kelebihan dan keunikan serta alam semulajadi yang masih kekal asli di sini. Jadinya, program ini telah sedikit sebanyak memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada diri otomen dan tetamu yang hadir untuk melancong ke Guangxi. Satu cara promosi yang sangat baik dilaksanakan sehingga Timbalan Pengarah Tourism Commision Guangxi turut hadir ke program ini.

IMG_4821

Ia bukanlah lokasi mewah, tetapi ia cukup mempunyai citarasa sendiri yang boleh membuka mata tentang kembara ke tempat semulajadi. Bukan sahaja kaya dengan sejarah, malah menjadi tarikan pelancongan alam semulajadi yang terbaik.

IMG_20180731_113608

One thought on “Teroka Pelancongan Menarik di Guangxi

  1. Illya LeYa says:

    Pelancongan Guangxi memang suatu lokasi yang wajib singgah untuk rasai pengalaman menarik di sana. Apa lagi Incik Otomen? Bawalah isterimu melancong ke sana ye…hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.