Makan Shell Out Pakai Tangan Jer di Ombak Kitchen

Hari ni Otomen nak bawa korang makan seafood lambak atau lebih dikenali Shell Out dekat Ombak Kitchen, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Makanan lautnya semua segar dan sedap. Tengoklah betapa seronoknya Otomen, LeYa dan rakan-rakan bila dapat makan shell out ni. Memang power beb!

IMG_5264

Keunikan rasa hidangan makanan laut memang hebat dan kesegarannya tiada tolok bandingnya dan harganya sangat berpatutan. Ia terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang serta turut berkongsi  makanan laut lambak serta hidangan a la carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan banyak lagi.

IMG_5281IMG_5270

Suasana restoran yang cukup mewah, cantik dan selesa memang sesuai untuk gather makan dengan keluarga atau rakan-rakan. Nak datang sini pun tak perlu lah nak dress pakaian cantik-cantik, cukup sekadar apa yang korang ada, dah boleh datang nikmati hidangan makanan laut lambak ni di sini.

Yang paling penting, kat sini tema makan dia “Pakai Tangan Jer…”. Jadi, semua pelanggan akan dibekalkan dengan sarung tangan dan apron untuk digunakan ketika menikmati hidangan menarik ini. Maklumlah kalau dah makan makanan laut, mesti comot kan. Sebab tuh tema mereka memang pakai tangan jer. Lagi-lagi bila korang nak makan ketam dan udang.

IMG_20180827_201458

Okay lah. Jom tengok apa otomen dan kawan-kawan makan pada kali ini. Kami disediakan dengan dua sos, Ombak Hot Cajun yang memang terkenal dan juga Zesty Lemon Butter with Cheese yang creamy dan pasti disukai ramai. Korang juga boleh buat pilihan lain seperti Dark Chilli Chocolate, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce.

IMG_5293
Zesty Lemon Butter with Cheese
IMG_5300
Ombak Hot Cajun

IMG_5272

Dalam set hidangan Shell Out ini ada pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, kepah, ketam, lala, tiram dan jagung serta sayur brokoli sebagai pemanis mulut.

IMG_20180827_204525

Selain itu, kat sini juga ada minuman ciptaan mereka sendiri seperti Mocktail pelbagai rasa dan pencuci mulut yang warna-warni iaitu Rainbow Dessert. Ia telah disediakan sendiri oleh chef depan mata kita. Memang terbaik!!

IMG_20180827_200214
Jus Strawberry & Hot Mocha
IMG_5352
Rainbow Dessert

IMG_5365

Kalau korang nak try makan di sini, restoran ni terletak kat dalam sikit area air pancut. Selepas korang dah parking kereta, korang kena jalan masuk sedikit ke dalam dan taddaaa…. Restoran Ombak Kitchen ada di situ. Ia dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin. Pada hari Selasa hingga Jumaat, ia dibuka dari jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam, manakala Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam.
IMG_20180827_222518

Maklumat lanjut, boleh tengok di bawah ini:-

Alamat | 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Telefon | 03 – 7734 4699 atau 010 – 220 5946

One thought on “Makan Shell Out Pakai Tangan Jer di Ombak Kitchen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.