Bukan mudah ye hari ini untuk mencari tadika atau prasekolah terbaik buat anak-anak. Seringkali menjadi keutamaan ibu bapa adalah sejauh mana pusat tersebut mampu mendidik anak-anak mereka menjadi individu yang berkeyakinan dan membesar menjadi bijak.
Dengan ada banyaknya tadika atau prasekolah hari ini, sudah pasti memeningkan kepala ibu bapa dalam membuat pilihan. Kadang-kadang, yuran yang dikenakan pun bukannya sedikit. Jika, ianya berkualiti dan berpatutan, tidak salah lah kan mengeluarkan sedikit pelaburan demi pendidikan anak-anak. Antara pusat pembelajaran yang sering menjadi pilihan ibu bapa di Melaka ialah Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool.
Perunding Operasi Ar-Rayyan Integrated PreIslamic School, Pn Azizah Omar (Teacher Eza) berkata, dengan reputasi terbaik pada pusat pembelajaran Ar-Rayyan, kini sudah ada 3 cawangan berjaya dibuka dalam negeri Melaka.
Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool
Tadika ini bermula pada tahun 2010 dan mempunyai 3 cawangan iaitu di Taman Merdeka, Bertam Perdana dan Bukit Piatu. Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool ini diasaskan sendiri oleh Pn Azizah Omar bersama suaminya En. Mohammad Ahmad (Teacher Mat).
Pendidik di Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool kesemuanya mempunyai pengalaman dan tahu mengendalikan kanak-kanak dalam mengajar serta melaksanakan aktiviti bersama mereka. Menariknya lagi, Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool menyediakan perkhidmatan lain seperti Taska, Tadika, Transit, Tusyen dan Transport bagi memudahkan para ibu bapa yang kesibukan di siang hari. Ibu bapa yang punya anak-anak sekolah rendah tidak perlu lagi risau jika tiada tempat penjagaan mereka. Di sini, Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool sedia memberi perkhidmatan Transit sebagai tempat perlindungan sementara mereka.
Baru-baru ini otomen berpeluang melawat sebuah cawangan baharu Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool yang terletak di Bukit Piatu, Melaka. Baru dibuka pada tahun 2018, memiliki dua pembantu berumur dalam lingkungan 20-an dan wanita tempatan, ia lebih komprehensif untuk menghantar anak-anak belajar dan bermain di sini. Terdapat tiga tingkat dan mempunyai lift untuk naik ke tingkat atas. Di bahagian bawah, ditempatkan kanak-kanak berusia dari 0 hingga 3 tahun. Manakala di tingkat 2 pula ditempatkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Di tingkat 3 pula, ditempatkan para pelajar transit dan pusat tusyen bagi pelajar berusia 2 hingga 17 tahun. Guru-guru di sini semuanya sangat peramah dan pemurah.
Menurut Teacher Eza, di sini mereka menekankan kebebasan kepada kanak-kanak. Jadi, anak-anak tidak terbeban sangat kepada pembelajaran kerana mereka juga sedang bermain sambil belajar. Kanak-kanak akan menyanyi, melompat dan ketawa riang bersama-sama. Para guru tidak akan paksa anak-anak jika ada dalam kalangan mereka yang tidak minat belajar. Mereka akan membiarkan apa yang anak-anak lakukan apa yang diminati sambil memantau agar tidak berlaku perkara tidak diingini.
Aktiviti-aktiviti sihat seperti bermain dan belajar di luar kawasan juga dijalankan agar kanak-kanak di tadika ini tidak bosan. Belajar dan bermain serta membawa mereka melaksanakan aktiviti di luar tadika seperti berjalan, berenang, bermain di taman permainan, usahawan cilik, melakukan aktiviti haji/umrah dan banyak lagi mampu membuka minda kanak-kanak lebih terbuka kepada kehidupan luar. Para guru juga ada menyediakan aktiviti membuka minda kanak-kanak dengan permainan seperti blok dan teka-teki. Selain mengasah minda anak-anak, mereka juga saling berinteraksi dan bekerjasama antara rakan-rakan lain.
Tidak dilupakan juga kanak-kanak yang sudah tamat tadika akan diadakan Graduation Day bagi menghargai mereka yang sudah berjaya dalam pendidikan awal kanak-kanak ini. Jadi, para ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sini, haruslah tahu yang sebenarnya kanak-kanak di bawah 7 tahun, mindanya lebih ke arah bermain dan terus bermain. Konsep pembelajaran yang diterapkan di Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool ini memberi anak-anak mengenal kehidupan dalam suasana belajar dan bermain.
Untuk maklumat lanjut:-
Lokasi:
- Taman Merdeka
- Bertam Perdana
- Bukit Piatu
Facebook:
https://www.facebook.com/tadikataskaarrayyanmelakatengah/
Yuran/Kos Pembelajaran
RM350 dan ke atas (bergantung pada lokasi cawangan dan keadaan semasa)
Perkhidmatan
Taska
Tadika
Transit
Tusyen
Transport
No Telefon:
013 – 206 8612