Ayam Kampung Organik telah terbukti mempunyai isi yang padat, sihat dan 30% rendah lemak berbanding ayam konvensional.
Hari ini, permintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan bagi yang berkeluarga ramai kerana ia bebas ancaman toksin hormon dan lebih enak.
Potongan daging yang lebih padat, berprotein dan tempoh memasak menjimatkan menjadikan ianya pilihan praktikal bagi rutin masakan harian. Perbezaan di antara ayam yang diternak secara komersil dipercayai mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang boleh menjadi ancaman kepada kesihatan.
Jadi, pada 4 September 2018, pengeluar Ayam Kampung Organik AQINA telah melancarkan pelancaran produk di KL Gateway Mall. AQINA Farm, sebuah syarikat pengeluar ayam kampung organik diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Encik Wesley Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA dan turut disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid, Ketua Penolong Pengarah (Pemasaran Produk PKS) Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


AQINA, pembekal “Pilihan Daging Sihat” telah dikenali sebagai peneraju ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ia juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan HALAL yang disahkan dan juga pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Johor. AQINA mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 6,000 ekor ayam setiap jam. AQINA turut mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih kurang 70 hari bagi mencapai ukuran optimal ayam itu tanpa perlu pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan.


Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr. Gulam Shah bin Faizal Din merupakan pakar perunding veterinar profesional telah memberi ceramah kesihatan dan menegaskan kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini akan membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Sebab itulah AQINA membekalkan Ayam Kampung Organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional.



AQINA Group berharap pada tahun-tahun akan datang, ia terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan penternakan ayam kampung dan menjadi pengeluar inovatif sebagai pilihan daging yang lebih sihat kepada seluruh Malaysia, Singapura dan negara-negara ASEAN yang lain melalui pemborong, peruncit dan rantaian makanan dan minuman (F&B).

Mmg bagus sgt ada pengeluar ayam kg orgaik mcm Aqina ni. Secara tak langsung memudahkan pengusaha restoran juga utk tingkatkan keyakinan pelanggan. Kita makan pun tak perlu was-was lagi.