Sebuah kediaman yang selesa merupakan satu asas kepada pembentukan keluarga yang ceria dan bahagia. Ini kerana ia adalah tempat kita berteduh dari panas, hujan dan macam-macam lagi. Namun hari ini, seperti yang kita maklum harga rumah semakin melonjak naik menyebabkan ramai anak muda tidak berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.
Otomen telah berkunjung ke DK Impian Sales Gallery yang terletak di Subang. Apa yang membuatkan otomen tertarik di sini ialah jenis rumah yang ditawarkan berdekatan dengan kemudahan awam yang ada.
DK Impian menawarkan kediaman jenis Apartmen 1 Blok yang mana mempunyai ketinggian setinggi 14 tingkat dan memiliki 658 unit rumah, 3 tingkat parking kereta dan 5 unit kedai. Ia juga sangat strategik kerana berdekatan dengan kemudahan awam seperti kemudahan pengangkutan awam, pusat membeli-belah, universiti, klinik, LRT, lapangan terbang Subang dan banyak lagi.
Jadi, jom kita lihat jenis-jenis rumah yang ditawarkan oleh DK Impian!
DK Impian menawarkan jenis rumah Dual Key Concept di mana ia terbahagi kepada 2 bahagian dan mempunyai 2 pintu. Menarik kan! Korang boleh lah nak sewakan lagi satu bahagian tanpa mengganggu privasi korang.
Nampak moden dan selesa sangat kan! Selain itu, turut ditawarkan kemudahan lain kepada penghuni rumah seperti Kolam Renang Utama, Jacuzzi. Gym, Tadika, Kolam Air Pancut, Surau Lelaki dan Perempuan, Pejabat Urusan, Tandas, Taman Permainan Kanak-Kanak, Dewan Komuniti, Ruang BBQ, Ruang Yoga dan Refleksologi dan lain-lain.
Okay… Kalau korang nak tahu, harga yang ditawarkan untuk memiliki kediaman di sini bermula daripada RM320,000 dan ke atas. Bagi otomen, ia cukup berbaloi dengan rekaan rumah, fasiliti dan kemudahan yang telah disediakan. Ia memang satu pelaburan yang bijak buat korang untuk memiliki kediaman di DK Impian Damansara West.
Kediaman yang berbaloi untuk dimiliki. Kedudukan yang strategik dengan kemudahan-kemudahan awam yang ada, kemudahan fasiliti yang lengkap. Memang best!
Memang nampak berbaloi harganya.. klu ikutkan lokasi pun mmg spot strategik yg akan terus membangun. Selamat, selesa dan lengkap.. harga rumah pun compem naik klu lepas beli nanti.. terbaik!
Sangat berbaloi dengan lokasinya yang strategik dan punyai pelbagai kemudahan untuk diakses pengguna.