Tarikan Pelancongan Terbaru Dengan Menonton Teater Bertaraf Dunia di Encore Melaka

Melaka adalah destinasi percutian yang cukup diminati dan terkenal dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Tarikan yang sudah pastinya menjadikan Melaka sebuah lokasi percutian menarik ialah kepelbagaian budaya dan juga sejarah pembentukan Melaka dan tarikan terkini yang ada hari ini. Sangat banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi jika ke Melaka. Bak kata pujangga, “Melawat Melaka, Ibarat Melawat Malaysia“. Semuanya ada di sini.

IMG_4010

Satu lagi yang dikatakan tarikan baru di Melaka yang korang boleh lawati ialah menyaksikan teater di Encore Melaka yang terletak di kawasan Pantai Klebang. Teater bertaraf dunia dan mengambil masa selama 70 minit diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China iaitu Wang Chaoge.

Encore Melaka merupakan sebuah pentas teater terbesar di Asia yang boleh menempatkan lebih 2,000 penonton dalam satu masa. Ia juga memiliki platform yang unik dengan berputar 360 darjah.

IMG_4050

Bukan sekadar mementaskan hiburan, ia juga menzahirkan kekayaan Melaka melalui susur galur sejarah dan budayanya yang bermula lebih 600 tahun dahulu. Teater bermula dengan sejarah kewujudan Melaka, penonton terus dibawa menyelusuri sejarah panjang kewujudan dan keharmonian masyarakat majmuk di bumi bertuah ini.

Persembahan yang penuh memukau ini akan membawa korang mengimbau kembali kisah yang semakin dilupai iaitu cerita seorang pelayar, legasi diplomatik Zheng He, penempatan orang asli serta pertembungan budaya seperti Baba Nyonya. Penonton juga akan dibawa menerusi pelbagai era sebelum kemerdekaan dalam persembahan yang dituturkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

IMG_4019IMG_4053IMG_4102

Terdapat 7 babak yang dipersembahkan dan telah menggunakan lebih dari 200 para pelakon tempatan.

Scene 1: Parameswara

Mengisahkan bagaimana Parameswara membuka Melaka dan bagaimana Melaka mendapat nama.

Scene 2: Laksamana Cheng Ho

Kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Ksiahnya bermula kewujudan budaya Baba dan Nyonya dalam masyarakat Melaka.

Scene 3: Nyonya & Wedding

Kisah perkahwinan antara Baba Ah Jie dan Nyonya Ah Lan. Dikatakan mereka masih lagi hidup dan boleh bertemu mereka jika berkunjung ke Jonker Street.

Scene 4: Six Mothers

Kisah 6 orang ibu yang menjadi seorang bayi yang hanyut. Ini menggambarkan betapa harmoninya kehidupan dari pelbagai kaum di Melaka.

Scene 5: Pregnant Mother

Mengisahkan keturunan yang lahir di Melaka dan warisan turun-temurun.

Scene 6: Wau

Melaka telah mendapat pengiktirafan Unesco World Heritage bukan sahaja dari bangunan-bangunan lamanya tetapi juga kebijaksanaan dari hasil kerja ukirannya. Warisan budaya turun temurun ini telah membawa Melaka menjadi sebuah Bandaraya bersejarah.

Scene 7: Finale

Pengkahiran cerita dengan penuh penghayatan dari kesemua pelakon dan ucapan terima kasih serta selamat jalan buat para penonton.

IMG_4127

Jadi, tak salah jika sekiranya korang keluarkan sedikit wang untuk menonton sejarah yang penuh bermakna dari teater bertaraf dunia ini. Korang pasti akan merasai satu kelainan selepas menontonnya.

IMG_4182IMG_4184

Bayaran Masuk dikenakan mengikut ketetapan harga di bawah.

 

Normal Season Price (RM)

Peak Season Price (RM)

Seat Category

Non-Malaysian Malaysian Non-Malaysian

Malaysian

VIP 568 528 588 548
Premium 248 228 268 248
Standard 148 128 168 148
Wheelchair 98 98 98 98

IMG_4210IMG_4223

Maklumat lanjut, boleh rujuk seperti di bawah:-

Alamat

No 1, Jalan KSB, Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka.

Waktu Tayangan

Isnin – Sabtu (5.30pm & 8.30pm)

Ahad (2.30pm & 5.30pm)

 

2 thoughts on “Tarikan Pelancongan Terbaru Dengan Menonton Teater Bertaraf Dunia di Encore Melaka

  1. Illya LeYa says:

    Memang menarik teater yang dipersembahkan. Teruja dan ternanti-nanti babak seterusnya. Terbaeeeekkkkk….

  2. Khir Khalid says:

    Menarik sgt.. pasti dengan segala kelengkapan bertaraf ‘state-of-the-art’ ini disertai para pelakon teater yang profesional mampu buat persembahan lebih mengkagumkan dan dijiwai penonton sepenuhnya. Mmg hebat ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.