IndoBowl Cafe Sajikan Pelbagai Masakan Indomie Paling Sedap

IMG_20180930_124557

Bagi pencinta Indomie dari Indonesia ni pasti teruja dengan lokasi makan yang baru Otomen jumpa ni. IndoBowl Cafe yang terletak di Lake Fields, Sungai Besi pernah viral dan memberi peluang kepada semua yang meminati masakan dari negara jiran kita, Indomie ni untuk turut makan di sini. Dah tak perlu nak pergi jauh dah.

IMG_5531IMG_20180930_125240

IndoBowl Cafe ni menyajikan sajian yang menarik dari pelbagai masakan menggunakan Indomie. Konsep cafe yang selesa memberi lagi rasa nyaman buat pengunjungnya menikmati hidangan di sini. Okay… Jom Otomen bawakan korang apa yang menarik yang ada di sini.

IMG_5550

Bila korang dah sampai di sini, hidangan wajib yang korang perlu cuba adalah signature dish nya yang disediakan di sini. Hidangan Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto yang sangat meriah dengan pelbagai jenis seafood di dalamnya seperti udang, isi ketam, sotong dan lain-lain. Dan, yang menarik lagi disertakan dua telur mata goyang di dalamnya. Sekali telur kuningnya pecah dan sebati dengan seafood soto ni, memang superb sedap. Perggghhhhh….. meleleh beb!

IMG_5506IMG_5534

Harga bagi Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto ni adalah RM39.90 dan boleh di makan untuk 4-5 orang. Memang berbaloi kan.

IMG_5511

Bila dah makan masakan Indonesia ni pasti tak lari dengan sambalnya. Korang boleh cuba pula hidangan Indomie Ayam Balado ni yang agak pedas juga. Bagi yang minat pedas memang tak menjadi masalah. Harga bagi hidangan ini ialah RM10.00 sahaja.

IMG_5515

Hidangan yang paling otomen gemari adalah Indomie Salted Egg Chicken yang berharga RM11.90 ni. Rasa manis, masin, pedas semua cukup di dalamnya. Bagi otomen yang kurang dengan masakan pedas, memang inilah masakan yang otomen gemari. Sedap dan terbaikkk! Hehehe….

IMG_5516

Jangan risau kepada yang tidak makan mee segera. Kerana di sini ada juga disediakan hidangan berasaskan nasi. Korang boleh cuba dua menu sedap ini iaitu Nasi Ayam Madura dan Nasi Goreng Ayam Balado. Nasi Ayam Madura tu boleh dikatakan ala-ala macam masak kicap tapi bukan Ayam Masak Kicap ye. Ia ada rasa masam-masam manis dan tak pedas langsung. Kalau nak pedas, boleh lah letak sambal yang disediakan tuh.

IMG_5523

Manakala Nasi Goreng Ayam Balado ni memang Otomen syorkan kepada peminat pedas. Sambal Balado yang dihidangkan tu memang sangat pedas. Tapi tak lah tahap melampau. At least, yang meminati pedas ni tak lah muak makan kalau tak ada pedas kan.

IMG_5525

Okay… Jom tengok minuman apa yang Otomen dan LeYa pesan. Dua minuman gergasi di depan mata korang ini adalah Soda Gembira dan Es Cendol yang berharga RM8.90 Murah kan! Dengan gelas besarnya, isi cendol yang banyak dan juga campuran bandung, soda dan biji selasih yang sedap buat Soda Gembira pasti memukau kepada semua pengunjung ketika menikmati di musim-musim panas.

IMG_5537

Sejujurnya IndoBowl Cafe di sini antara yang terbaik pernah kami rasa jika ingin menikmati hidangan dari nusantara negara jiran. Jadi, wajarlah ia menerima kunjungan ramai dan viral dalam kalangan para pengunjung yang dah merasainya.

Yang menariknya lagi kalau korang nak tahu, IndoBowl mempunyai satu lagi cawangan di Subang Jaya. Jadi, kepada yang berdekatan boleh lah singgah dan merasai keenakan makanan di sini.

IMG_20180930_133656

Maklumat lanjut, boleh follow seperti yang tertera di bawah.

INDOBOWL CAFE

72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

INDOBOWL SUBANG JAYA

66, Jalan SS15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin – Ahad (11.00 pagi – 10.30 malam)

Hubungi

019 – 542 6869

Facebook

https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/

Website

https://indobowlcafe.com/

IMG_20180930_131815

One thought on “IndoBowl Cafe Sajikan Pelbagai Masakan Indomie Paling Sedap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.