Pertengahan bulan Ogos yang bertarikh 15 Ogos 2018, Otomen Taro dan isteri, Puan LeYa dijemput untuk menghadirkan diri sebagai tetamu jemputan dalam slot “Blogger Oh Blogger” oleh DJ Rizz di radio Harmoni Nasional FM. Pada mulanya otomen tak tahu pun tajuk apa yang ingin dibincangkan. Maklumlah otomen taro kan. Suka main terjah aje. Hehehe… So nak tak nak bila tiba harinya tuh terpaksa redah dan main bedal je cakap apa yang terlintas di fikiran.
First berada di dalam konti radio, rasa seronok pulak. Macam-macam otomen dapat lihat dan dengar bagaimana DJ Rizz mengoperasikan rancangan radionya. Okay… Kalau korang nak dengarkan radio Harmoni Nasional FM ni, korang download jer kat Google Play Store – Radio FM. Kat situ nanti ada pilihan radio yang korang nak dengar. Radio Harmoni Nasional FM ni hanya berada di online sahaja. Belum ada lagi frekuensi radionya. Korang boleh juga dengar di laman facebooknya di https://www.facebook.com/harmoninasionalfm/
Lebih kurang 1 jam jugak otomen ke udara. Di awal slot tu, otomen diminta untuk menerangkan liku-liku perjalanan sebagai seorang blogger. Kemudian, diteruskan dengan sessi soal jawab bersama DJ Rizz dan juga diselang-selikan dengan slot my wife, LeYa.
Fuuhhhh… nervous jugak mula-mula tuh. Maklumlah first time kan. Lepas tengok ramai kawan-kawan komen di ruangan komen di FB Live dan memberi semangat, terus rasa syok pulak. Hehehe… Perasaan gemuruh berkurangan dan makin seronok berkongsi pengalaman menjadi seorang blogger.
Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan dan otomen sangat berterima kasih kepada DJ Rizz dan pihak stesen radio Harmoni Nasional FM kerana sudi menjemput otomen dan isteri.
Maklumat lanjut mengenai radio Harmoni Nasional fm, boleh layari laman FB nya di
Wah. Bestnye pengalaman dapat masuk konti.. Tahniah..
Alhamdulillah… Memang seronok dan dapat banyak pengalaman
Pengalaman berkonti yg menarik dan menginspirasikan. T kasih juga abam Otomen sudi berkongsi pengalaman ini bersama 🙂 🙂