Outlet Indomie Di IndoBowl Cafe Subang Jaya

Okay… rasanya kalau tiba waktu lunch, pasti tak tahu nak makan kat mana kan? Bukannya kita tak tahu area Kuala Lumpur dan Selangor ni memang banyak tempat-tempat makan menarik tetapi bila dah asyik ke tempat yang sama sahaja, macam bosan pulak. Kadang-kadang tekak ni terasa juga nak makan satu kelainan. Dan, kepada peminat Indomie dan yang berdekatan di Subang Jaya, apa kata kalau korang semua singgah dan makan di cawangan kedua IndoBowl Cafe, Subang Jaya ni. Jom!

IMG_20181021_151803

Antara outlet kedua IndoBowl yang pernah otomen singgah dahulu di Lake Fields, Sungai Besi. Memandangkan outlet ini juga tidaklah jauh dengan rumah otomen, maka hasrat untuk menikmati hidangan makanan di sini ditunaikan. Thank you to my wife yang sangat mengerti kehendak suaminya. Hehehe… Firstly, otomen nak bagitahu memang sedap. Dan sekarang, time lunch korang dah tak perlu risau lagi nak cari tempat makan best kat mana. Datang je dan rasa makanan di sini. Pasti terpukau!
IMG_5981
Kalau korang nak tahu lagi, Indomie dah tentu-tentu la berasal dari Indonesia. Dah sangat popular pun di merata-rata tempat di sana. Sebabnya, Indomie ni memang menjadi favourite makanan mereka. No wonder, kini Indomie juga semakin terkenal di Malaysia. Bahkan bukan korang boleh makan dengan cara masak mi dan air panas serta letak perencahnya sahaja, malah korang boleh menikmati kepelbagaian masakan hanya di IndoBowl ni. Memang korang sendiri tak menyangka akan ada pelbagai jenis hidangan berasaskan Indomie.
IMG_20181021_150809
Makanan yang dihidangkan di sini semuanya sedap dan panas-panas. Personally, memang otomen rasa ia adalah satu kualiti standard yang terbaik di antara kedua cawangan yang otomen dah cuba. Selain menawarkan kepelbagaian hidangan berasaskan Indomie, ia juga mempunyai variasi menu lain seperti nasi dan harganya juga berpatutan.
IMG_20181021_142046
Okay…mungkin dalam kalangan korang first time nak mencuba makanan di sini. Kalau nak tahu menu apa yang menarik di sini, jom terus follow cerita dan blog otomen ni. Yang pasti, semuanya nampak menggiurkan! Jom otomen dah nak mula share menu-menu menarik yang patut korang cuba bila berkunjung je outlet IndoBowl Subang Jaya.

Seleksi Menu Di IndoBowl Cafe, Subang Jaya

1) Indomie Mumbo Jumbo
IMG_5979
2) Indomie Soto Seafood
IMG_5976
3) Indomie Ayam Balado
IMG_5975
4) Indomie Salted Egg Chicken
IMG_5971
5) Ayam Madura
IMG_5974

Variasi Minuman Di IndoBowl Cafe

IMG_5961
Pilihan terakhir selepas menikmati hidangan Indomie yang sedap ialah korang perlu cuba minuman yang terhangat iaitu Soda Gembira, Es Cendol dan Teh Botol. Minuman ini sangat sesuai untuk korang yang memang dalam kehausan dan kepedasan ketika menikmati hidangan yang disediakan. Dan paling penting, it’s refreshing your day!
So… Macam mana” Menarik tak menu-menu yang terdapat di IndoBowl Cafe? Otomen harapkan agar yang ia membantu la sedikit sebanyak buat korang yang ingin merancang untuk mencuba makan di sini. Memang sangat sesuai untuk korang lepak-lepak dan santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Jom, otomen sertakan harga yang ada:
Mesti ada yang tertanya-tanya kan alamat bagi lokasi restoran ni selain dari Lake Fields, Sungai Besi tuh? Jadi, untuk memudahkan korang, meh otomen sertakan lokasi terdekat dengan kawasan korang ni untuk rujukan bersama.
Alamat
66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya Selangor
Hubungi
019 – 542 6869
Facebook
Instagram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.