Sidang Media Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony 2019 di I Love Coffee & Tea Expo Mid Valley

I Love Coffee & Tea Expo merupakan acara tahunan buat pencinta kopi dan teh yang datang untuk merasai kelazatan minuman itu. I Love Coffee & Tea Expo yang diadakan di Mid Valley Convention Centre yang lalu turut memperkenalkan Ginn Fairy Queen International Beauty Pageant (Korea) untuk bersama memeriahkan lagi acara. 

Akan ada pelbagai promosi istimewa dan hadiah percuma sepanjang acara itu berlangsung. 

Suasana yang cukup meriah. Dapat kita saksikan buat pertama kalinya Beauty Pageant dari Korea ini, Ginn beraksi bersama peserta-peserta dari Malaysia, China (termasuk SAR HK) dan Korea Selatan sendiri.

Seperti yang kita tahu, Korea merupakan sebuah negara yang lazimnya memberi peluang kepada gelombang menghasilkan bakat baru dari Asia Tenggara dan Asia Pasifik bagi memperkenalkan budaya intrinsik dan daya komersilnya dengan lebih berkesan di luar K-Hiburan dan subseksyen kecil industri kecantikan yang mana ia juga adalah Korean Wave 2.0 dari “Gentle Nation”.

Sidang Media Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony 2019

Ginn International yang berpusat di HK dan pernah hadir di Korea Selatan dan Asia Tenggara sudah bersedia untuk bersama dalam arus “K-trends” dan seterusnya bekerjasama dengan lebih intim dengan Organisasi Kesenian dan Kebudayaan Korea Selatan.

Sejak tahun 2017, Ginn International telah mula bekerjasama dengan Persekutuan Keseniaan & Budaya Korea (FACO) menerusi Pelantikan Pengasasnya (Cik Ginnie Lam) sebagai Duta Besar Persatuan Model Kanan Korea. Ia terus berkembang kerana memiliki minat yang mendalam oleh badan pemerintahan Korea untuk melebarkan lagi sayap dan pengaruhnya ke seluruh masyarakat.

Ginn International juga telah mengambil bahagian dalam menganjurkan pelbagai pameran kebudayaan di Korea Selatan dan di luar negara dengan tema tahun 2018 iaitu menampilkan tema tradisional Hanbok Fashion Runaway Shows. Sidang media majlis itu telah mengisytiharkan bagaimana komitmen Ginn International mempromosikan seni & budaya sebagai misi terasnya dengan mengumumkan pertandingan kecantikan antarabangsa untuk membawa dunia tentang kebudayaan Korea Selatan dengan penuh artistik.

Dalam persidangan media bersama beberapa penulis blog dan media arus perdana Kuala Lumpur, Ginn International telah mengumumkan kemajuannya dalam program Star Brand Awards International yang mana merupakan sebuah inisiatif komersil sepenuhnya bagi menghubungkan jenama Korea Selatan dengan Digital Influencers di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Ia telah ditunjukkan secara baik oleh Ginn International melalui blogger tempatan, Influencers media sosial dan juga juara ratu kecantikan kebangsaan dalam aktiviti komersilnya seperti Expos and Trade Fairs.

Star Brand Awards International Grand Ceremony itu akan diadakan bersempena dengan Ginn Fairy Queen International Beauty Pagenat Final pada tarikh 25 May 2019 di Seoul, Korea Selatan. Majlis besar itu akan menampilkan pengiktirafan 10 jenama Korea yang terkemuka dan 10 Top Digital Influencers seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Ginn International’s Series of Press Conference & Participation Call berlanjutan ke Guangzhou, China pada 2 November 2018 dan Korea Selatan pada 13 Disember 2018. Jika korang teringin untuk menjadi Influencer Top Ginn International, boleh layari laman web www.GinnInternational.com untuk maklumat lanjut dan sesi pendaftaran. Tidak ketinggalan juga kepada syarikat atau organisasi yang ingin menyertai untuk penajaan boleh terus menghantar permintaan itu ke laman web berikut.

2 thoughts on “Sidang Media Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony 2019 di I Love Coffee & Tea Expo Mid Valley

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.