Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 Di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Hai semua. Bertemu lagi dalam blog Otomen Taro. Pada pagi tadi, Otomen dan LeYa berkesempatan ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. 

Karnival ini adalah usaha dari Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 1 & 2 Disember 2018 pada pukul 9 pagi hingga 9 malam. Ia merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat.

Selain itu, ia bertujuan mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasan kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang diadakan itu.

Otomen dapat lihat begitu meriah sekali karnival ini berlangsung. Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Terdapat 90 booth menarik yang boleh didapati di Karnival YEZ termasuklah booth jualan dari asnaf dan lain-lain aktiviti seperti memanah, pertandingan azan,  pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir dan banyak lagi.

Aktiviti yang pasti menarik minat kanak-kanak pula semestinya persembahan Didi & Friends, persembahan Maskot Omar & Hana dan pertandingan mewarna. Turut memeriahkan majlis adalah selebriti-selebriti tempatan yang akan menyerikan karnival.

Antaranya, pada malam ini akan berlangsung konsert dari artis popular Kumpulan Hijjaz, Raihan, Saujana dan juga Ali XPDC dengan pengacaranya ialah Syuk dan Atu Zero

Pada keesokannya pula, korang akan disajikan dengan acara kemuncak iaitu Grand Forum Super Star yang membariskan panel terkemuka seperti Ustaz Dato’ Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi dan Ustaz Syed Nohisyam Tuan Padang dan hostnya tak lain tak bukan adalah Bell Ngasri yang pasti kelakar. Selain itu, korang juga boleh bertemu dengan Heliza Helmi, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris, PU Rahmat dan ramai lagi. Dan korang boleh berpeluang menang hadiah dari radio rasmi PPZ-MAIWP iaitu Kool fm yang memang cool dan santai itu.

Bersempena dengan karnival ini, PPZ-MAIWP turut melancarkan Bulan YEZ 2018 dan pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai – Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn Bhd dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos – Oktober 2018) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd.

Karnival YEZ 2018 telah dilaksanakan dan dirasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta penaja-penaja bersama PPZ-MAIWP.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti YEZ 2018, boleh layari seperti tertera di bawah:-
Facebook | https://www.facebook.com/myzakat
Instagram | https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
Hashtags |#PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat.

JOM KE KARNIVAL YEAR END ZAKAT 2018 SEKARANG!!!

MASJID USAMAH BIN ZAID, SEKSYEN 2, WANGSA MAJU

One thought on “Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 Di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.