Sunway Chillax Media Nite 2018 Yang Penuh Gilang Gemilang

Media memainkan peranan penting sebagai penyalur utama maklumat kepada masyarakat. Tidak kira lah berkaitan berita, isu semasa, publisiti dan banyak lagi. Bagi menghargai jasa dan sokongan media cetak dan elektronik, Otomen dan rakan-rakan blogger bersama pengamal media lain yang seramai 400 orang telah berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam Media Sunway Chillax 2018 di Sunway Resort Hotel & Spa yang dianjurkan oleh Sunway Group.

Majlis penghargaan yang setiap tahun diadakan ini melibatkan pengamal media dari Bernama, Berita Harian, RTM, TV3, The Star, Nanyang Siang Pau, media online, blogger dan lain-lain. Majlis yang penuh gilang gemilang ini diadakan bertujuan meraikan media yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program anjuran Sunway.

Majlis Makan Malam Media Sunway Chillax 2018 atau Sunway Chillax Media Nite 2018 diadakan di Ballroom Sunway Resort Hotel & Spa bertemakan “Beach Style” dengan hiasan dalaman dewan yang menampilkan ruang sofa untuk bersantai, relax dan ceria bersama rakan-rakan yang hadir sambil menikmati hidangan makanan yang disediakan. Terdapat juga ruangan Photobooth untuk tetamu yang hadir bergambar kenangan. Memang meriah korang! Otomen sendiri teruja dan seronok bersama rakan-rakan meraikan malam media ni.

Dah penat ambil gambar? Apa lagi jom santai dan makan hidangan yang disediakan. Pelbagai menu dan semuanya sedap-sedap tau. Ada satay, laksa, aneka nasi dan lauk, desserts, Nasi Beriani Ayam Turki, Steamboat, Snow Crab Salad with Guacamole Dip, Lamb Patties in Spicy Tomato Masala Sauce dan banyak lagi. Kesemua hidangan ini disediakan oleh Chef Peter Lee, Executive Hotel Sunway bersama pasukan beliau.

Turut diundang pada majlis itu adalah Dee (dari program Jangan Ketawa) sebagai host majlis malam itu. Memang tak kering gusi melihat gelagat Dee dan peragaan pakaiannya yang unik. Selain itu, Sunway juga menampilkan bakat baru, Sunway Got Talent iaitu Didy Firdaus dengan lagunya Terima Kasih Cinta (Afgan) dan juga Luqman Hakim dengan lagunya Thinking Out Loud (Ed Shereen).

Tambah menarik lagi, penampilan istimewa dari bintang terkenal, Ning Baizura yang tidak asing lagi dalam kalangan semua. Nyanyian Ning yang cukup power memang membuat otomen meremang mendengar. Terbaiklah Ning!

Bergambar dah. Makan dah. Berhibur pun dah. Apa lagi ye yang menarik malam tu? Aha! Korang jangan tak tahu, ada hadiah Lucky Draw dan semuanya mewah-mewah. Memang berbaloi lah siapa yang dapat memilikinya. Aktiviti untuk Best Dress lelaki dan perempuan pun tidak ketinggalan. Memang ramai lah yang hadir malam tu aim hadiah yang best-best je seperti i-Phone XS, TV, Laptop, Camera, percutian menarik dan banyak lagi.

Dan, paling tak disangka hadiah Grand Prize berupa Travel Reward RM7,000 ke mana sahaja destinasi menjadi milik rakan sepasukan, Kak Halimah atau dikenali Seri Wangi. Tahniah otomen ucapkan. Seronok lah! Dapat pergi ke mana sahaja destinasi dengan duit tu. Hehehe

Apa-apa pun Otomen memang berpuas hati dan happy dapat turut serta dalam Sunway Chillax Media Nite kali ni.

Untuk maklumat lanjut Tentang SUNWAY Group

https://www.sunway.com.my/

One thought on “Sunway Chillax Media Nite 2018 Yang Penuh Gilang Gemilang

  1. Illya LeYa says:

    Memang sangat meriah.. Hadiah pun menarik. Tahniah diucapkan kepada pemenang Grand Prize, Kak Limah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.