Melawati Melaka Bandaraya Bersejarah Bersama Fast Bikes Club

Tempat menarik di Melaka sudah semakin popular dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Apa tidaknya, negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai sejarahnya dan juga pelbagai tarikan pelancongan yang ada. Yang lebih membanggakan adalah Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO.

Nak tahu apa yang menarik yang Otomen lawati bersama sekumpulan motorsikal berkuasa besar hari tuh, jom ikuti selanjutnya di bawah.

Jelajah Melaka Otomen selama 3 hari 2 malam dalam program Tour Melaka 2018 bersama Team Fast Bikes Club dengan kerjasama Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Pelaburan Negeri Melaka.

Tour Melaka 2018 telah melibatkan peserta konvoi motosikal berkuasa besar dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura. Dalam objektif program ini, ia melibatkan penjelajahan seluruh negeri Melaka di samping melaksanakan aktiviti CSR seperti membersihkan Masjid Lama Rumbia, menghulurkan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan juga golongan asnaf.

Seperti yang semua sedia maklum tahun 2019 merupakan tahun melawat Melaka dan baru-baru ini tarian Dondang Sayang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Dengan program Tour Melaka 2018 ini secara tidak langsung telah mempromosikan kebudayaan, makanan dan tempat menarik di Melaka.

Memulakan perjalanan dari The Gasket Alley – Harlet Davidson, Petaling Jaya dan telah mengambil masa kira-kira 2 jam lebih kerana terpaksa berhenti di kawasan rehat & rawat akibat hujan terlalu lebat. Dan, kami semua selamat sampai ke tempat penginapan kami di Mudzaffar Hotel Melaka, MITC, Ayer Keroh.

Mudzaffar Hotel Melaka

Lokasi penginapan yang cukup menarik boleh otomen katakan kerana ia cukup selesa dan mewah. Otomen cadangkan kepada sesiapa yang datang ke Melaka bolehlah bermalam di sini.

Restoran Queyside, Muara Sungai Melaka

Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Kami semua bergegas ke tempat makan menarik pertama iaitu di Restoran Queyside yang terletak di Muara Sungai Melaka. Hidangan yang pasti menanti adalah Asam Pedas Melaka. Makanan tradisi rakyat Melaka turun-temurun. Sambil beramah mesra antara satu sama lain, kami dihiburkan dengan tarian kebudayaan negeri Melaka.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Merentasi Sungai Melaka Dengan Melaka River Cruise

Alhamdulillah… Perut pun dah kenyang. Destinasi menarik pertama yang kami lawati adalah merentasi Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise. Keindahan Melaka di waktu malam di tepian sungai dapat dilihat dengan begitu indah dan ceria sekali. Syukur, otomen dilahirkan sebagai anak jati negeri Melaka. Rasa bangga terselit di hati negeri tersayang menjadi tarikan pelancong dari luar. Hehehe

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Dan kami pun pulang ke hotel untuk berehat bagi melakukan aktiviti seterusnya keesokan hari.

Aktiviti CSR Masjid Lama Rumbia

Keesokan harinya, setelah upacara perasmian dilaksanakan di Mudzaffar Hotel Melaka itu sendiri, kami bertolak ke Masjid Lama Rumbia, Alor Gajah bagi melaksanakan aktiviti CSR pertama membersihkan kawasan sekitar masjid. Masjid Lama Rumbia ini dikatakan sudah berusia lebih 160 tahun dan masih kekal utuh dan aktif dengan aktiviti penduduk kampung. Aktiviti gotong-royong dijalankan sempurna antara peserta konvoi, rakan-rakan media dan juga penduduk kampung.

Menikmati Asam Pedas di Restoran Zahrin, MITC, Ayer Keroh

Sekali lagi, setelah penat melaksanakan aktiviti gotong-royong, kami dibawa untuk menikmati masakan tradisional Melaka iaitu Asam Pedas di Restoran Zahrin yang terletak di MITC, Ayer Keroh. Perrgghhhh…. sedap tak terkata asam pedas yang dihidangkan!

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Hilangkan Dahaga di Klebang Original Coconut Shake

Panas terik ni tekak rasa kehausan. Jadi, apa lagi? Kami terus menikmati minuman viral yang sering diperkatakan semua itu di Klebang Original Coconut Shake. Sampai sahaja di situ, memang orang ramai sudah mula beratur untuk mendapatkan minuman tersebut.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Menaiki Mercu Tanda Melaka, Menara Taming Sari

Perut dah kenyang. Tekak dah hilang dahaga. So, kami pun melawati tempat tarikan seterusnya iaitu menaiki Menara Taming Sari. Menara ini difahamkan ketinggiannya adalah 80m dan 360 darjah berpusing untuk pengunjungi melihat pemandangan Bandar Melaka dari atas seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Selat Melaka dan lain-lain. Walaupun otomen merupakan anak Melaka, tapi inilah kali pertama otomen menjejakkan kaki ke sini. Hahaha… Memang cantik sangat pemandangan Melaka dari atas ni.

Kredit Photo: Taha Khusaimi
Kredit Photo: Taha Khusaimi

Sekejap sahaja masa berlalu. Dah pun masuk untuk hari yang ketiga. Kali ini, selepas sarapan pagi di hotel, kami terus check-out dan meneruskan perjalanan untuk aktiviti seterusnya.

Aktiviti CSR dan Sukan Rakyat di Kampung Rembia

Kali ini, kami akan melaksanakan aktiviti CSR kedua iaitu menziarah kasih dan mesra bersama penduduk Kampung Rembia dan menjalani Sukan Rakyat untuk menghiburkan antara satu sama lain. Bak sudah lama kenal, semua sekali menjalin hubungan erat dan beramah mesra dengan riang gembiranya.

Antara aktiviti sukan yang diadakan adalah Tarik Upih, Kerusi Beracun, Cari Duit Syiling dalam Tepung, Lari Ikat Kaki dan Bola Sepak Kain Pelikat. Memang lucu dan terhibur sekali otomen rasakan waktu tu.

Kredit Photo: Taha Khusaimi

Tidak dilupakan juga dalam keseronakan itu, sumbangan berupa wang ringgit, hamper diberikan kepada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal dalam majlis penyampaian hadiah buat pemenang sukan rakyat dan turut diadakan cabutan bertuah.

Program Tour Melaka 2018 ini berjaya menggamit sanubari semua peserta yang hadir. Otomen juga rasa benar-benar merindui detik-detik bersama peserta dan rakan-rakan lain selama 3 hari ini. Program ini memang telah membuka banyak mata dan minda tentang keindahan sejarah negeri Melaka dan patut dihebahkan kepada semua untuk datang berkunjung sebagai destinasi percutian menarik tahun 2019.

Tahniah dan terima kasih otomen ucapkan buat pengerusi, DJ Ninie atau Fadzlaini Ibrahim dan penganjur utama, Fast Bikes Club atas kesudian menjemput otomen dalam aktiviti jelajah Melaka bersama peserta konvoi motosikal berkuasa besar ini. Tidak dilupakan juga penaja lain yang turut sama memberi kerjasama menjayakan program Tour Melaka 2018.

Penaja-penaja lain seperti KTM Malaysia, FGG-Financial Genius Group, Nayla Beauty, AADK, Toyo Lube, Adabi, Az Fadz, Annona Coffee Harley Davidson, Petaling Jaya, Melaka fm dan Mudzaffar Hotel Melaka.

Team Malaysia
Team Singapura
Team Thailand

Terima kasih sekali lagi otomen ucapkan buat semua yang telah menjayakan program Tour Melaka 2018 ini.

Advertisements

2 thoughts on “Melawati Melaka Bandaraya Bersejarah Bersama Fast Bikes Club

  1. Illya LeYa says:

    Memang best dapat join Tour Melaka 2018 ni. Dan Melaka juga merupakan negeri yang penuh dengan budaya dan adat… Best!

  2. khirkhalid says:

    Aktiviti yg menarik, secara tak langsung terinspirasi nak ada motor berkuasa tinggi bila baca entri ni. Tour mcm ni menambah lagi ukhwah sesama geng disamping pengetahuan sejarah dan budaya setempat. Best pengalaman ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.