Santai Petang dan Menjala Ikan Di Pulau Indah, Klang

Assalamualaikum semua. Dah lama sebenarnya Otomen tak menjala ikan di laut. Kali terakhir kalau tak silap tahun lepas dalam bulan April 2018 di kawasan belakang rumah Otomen di Kampung Tedong Pantai, Melaka.

Jadi, memandangkan cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina hari tu, Otomen dan LeYa tak ke mana, terus kami decide untuk jalan-jalan sekitar Pulau Indah. Actually, ni first time Otomen berkelana di sekitar Pulau Indah ni. Ini kerana lokasinya agak jauh dari tempat Otomen tinggal. Namun, dek seharian tak buat apa-apa, terus mengajak Puan Isteri menjala dan merasai pengalaman di lautan baru.

Seperti kebanyakan pemancing lain juga, Otomen ingin mencari kawasan memancing atau menjala yang tak ramai orang dan selesa untuk isteri Otomen yang ikut tanpa ada rasa bosan menunggu Otomen menjala.

Untuk permulaan, Otomen melabuhkan jala yang baru dibeli di aplikasi Chilindo ini. Otomen nak tahu jenis ikan apa yang ada di situ.

Untuk yang pertama kali, Otomen berjaya mendapatkan seekor ikan belanak. Kemudian, rasa makin seronok apabila memperoleh hasil dari lautan itu, Otomen mencuba lagi untuk mendapatkan menu masakan hari itu.

Ikan Belanak ni sebenarnya banyak juga terdapat di laut di kampung Otomen. Tapi memandangkan ini di lautan lain, jadinya tak salah untuk merasa keenakan ikan di lautan selain di tempat kita dah biasa.

Bukan setakat itu sahaja. Otomen berjaya mendapatkan ketam, udang, ikan kitang, talang, todak dan selangat. Alhamdulillah… Rezeki untuk hidangan malam hari tu, ikan segar dari laut Pulau Indah.

Hari pun dah nak menjelang Maghrib. Jadi, Otomen bersiap untuk balik dan merasai ikan-ikan segar ni.

Hasil lautan dari Pulau Indah, Otomen, LeYa dan seorang rakan daat menikmati hidangan makan malam yang sedap dan segar. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Ini sahaja perkongsian dari Otomen mengenai pengalaman menjala di Pulau Indah yang terletak di Klang. Ada masa, Otomen akan cerita lagi ye.

Advertisements

One thought on “Santai Petang dan Menjala Ikan Di Pulau Indah, Klang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.