Gabungan Masakan Arab dan Thai di eCurve, Mutiara Damansara

Haiii…semua. Nampaknya lama juga Otomen tak menulis dalam blog ni kan. Okay… kali ni Otomen nak bawa korang semua dengan satu tempat makan menarik yang pasti memberi satu kelainan buat semua. Buat pertama kalinya dua hidangan daripada dua negara yang jauh berbeza disatukan dalam sebuah restoran. Restoran Arab Thai yang baru sahaja dibuka di E-Curve Mutiara Damansara menampilkan kelainan menggabungkan resipi masakan dari negara Arab dan Thai. Apa yang best kat sini? Jom teruskan bacaan di blog Otomen ini.

Kat sini korang boleh buat pilihan sama ada nak makan makanan Arab mahupun Thai. Ikut citarasa korang pada waktu itu. Masakan Arab yang kita sedia maklum cukup terkenal dengan penggunaan bahan tenusu dan minyak zaitun. Setiap hidangan yang disediakan memang ada rasa bahan utama itu.

Tengok sahaja gambar yang berwarni-warni di atas ni. Memang menggiurkan sungguh kan! Ini merupakan antara hidangan makanan sihat yang ada iaitu Greek Salad, Pasta Salad, Hummus, Dolma (Grape Leave) dan banyak lagi yang Otomen susah juga nak menyebutnya.

Aha!! Ini yang dinanti-nantikan. Kalau dah nama masakan Arab, mesti ada dua jenis nasi ini iaitu Nasi Mandy dan Nasi Khabsa. Okay…kat sini Otomen lebih prefer untuk suka dengan Nasi Mandy kerana teksturnya yang lembut dan lebih halus masuk ke rahang Otomen berbanding Nasi Khabsa. Tapi tak bermaksud Nasi Khabsa tak sedap. Citarasa orang kan berbeza-beza. Korang kena lah try untuk tahu apa yang korang lebih minat. Okay… Jom tengok lauk-lauk dia pula.

Itu baru korang tengok di ruangan hidangan Arab. Apa kata Otomen bawa pula cuci mata dengan makanan Thailand pula. Masakan Thailand ni lebih kepada rasa pedas dan masam-masam manis. Kat sini, mereka menyajikan menu popular seperti Thai Laksa, Tom Yam, Keng Som (Asam Pedas), Kerabu Mangga dan banyak lagi lah yang Otomen tak tersenaraikan kat sini.

Otomen sangat berpuas hati dengan kedua-dua hidangan, Arab dan Thai yang disediakan. Sejujurnya Otomen lebih meminati hidangan Arab memandangkan citarasa tekak Otomen ni memang suka masakan ala-ala Arab dan India. Hehehe….

Kalau tak silap Otomen, restoran ini dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi, kalau korang nak cuba rasai kelainan dalam makanan Arab bersama dengan Thai, boleh kunjungi Restoran Arab.Thai ni.

Alamat

Lot G25-G27, Ground Floor eCurve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Website

www.arabthai.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.