Miliki Kediaman Mampu Milik di Selangorku Idaman Residensi PKNS Cyberjaya

Hari ini, harga rumah semakin lama semakin meningkat. Jadi, ramai yang kurang berkemampuan belum ada lagi memiliki kediaman sendiri untuk keluarga mereka. Keinginan untuk memiliki kediaman sendiri pastinya menjadi impian untuk memberi keselesaan pada keluarga terutama golongan muda yang merancang untuk berkahwin dan mengimpikan segalanya sudah tersedia buat bakal isterinya.

Jadi, inisiatif kerajaan dalam membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) khususnya di Selangor ini menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan dan sekaligus memberi peluang golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk unit orang kurang upaya (OKU) Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV).

Ciri-ciri Selangorku Idaman Residensi

gabungan seni bina unik dan moden

dibina atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi)

setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dua parkir kereta

Terdapat 2 blog, Blok A mempunyai 14 tingkat dan Blok B memiliki 15 tingkat

Akan dijangka siap pada Disember 2020 manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) akan diperolehi pada pertengahan tahun 2021.

Kelebihan Projek Selangorku Idaman Residensi

Turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

Selain itu, lokasinya yang strategik dan terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan:

Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX dan juga jarak perjalanan ke Putrajaya (17 km) dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) adalah 29 km.

Kawasan berdekatan lain seperti D’Pulze (7km), Shaftsbury Square (8km) dan Centrus Mall (7km). Seterusnya lebih menarik lagi turut berhampiran dengan institusi pendidikan seperti Universiti Multimedia-MMU (4km), Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya-CUCMS (5km), Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (10.5km), Universiti ISlam Malaysia (7km), Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch (8km), Sekolah Antarabangsa ELC (6km), Sekolah Antarabangsa Korea (1km), Kolej FTMS (5km), Kolej Antarabangsa Kirkby (6km) dan Kolej Universiti Mahsa (11km).

Bagaimana Nak Memiliki Selangorku Idaman Residensi PKNS?

Pendaftaran boleh dilakukan ke pejabat atau secara dalam talian LPHS kerana ia amat penting untuk LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.

PKNS hanya akan menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik.

Orang ramai yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS digesa perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Sebarang maklumat lanjut berkenaan projek boleh layari laman sesawang di bawah

Website

http://www.pkns.property.com

Facebook

https://www.facebook.com/pknspropertyofficial

atau hubungi wakil jualan di talian 019 – 2139991, 018 – 2051713, 014 – 3361891, 017 – 3634821, 013 – 5224122, 019 – 6994004 dan 03 – 89262000

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.