Waves of Fun bersama Mermaids di Sunway Lagoon

Cuti sekolah dah pun bermula. Kemanakah korang pergi cuti kali ini? Lama-lama cuti duduk rumah, bosan jugak kan. Apa kata, jom Otomen Taro bawa korang berseronok di Sunway Lagoon. Agak lama juga lah Otomen tak datang ke sini. Nampak dah macam menarik je. Jom!

Apa yang menarik di Sunway Lagoon korang boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan?

Sempena cuti sekolah ni, akan ada banyak tarikan di sana. Antaranya ialah Mermaid Alive yang mana ia merupakan lagenda berabad lamanya dan memberi inspirasi kepada semua tentang “penampakannya” di laut. Jadi, tak salah kiranya cuti sekolah ni bawa anak-anak untuk merasai pengalaman mandi dan berseronok bersama Mermaid.

Korang juga akan mengenal bagaimana cara untuk menjadi ikan duyung. Bermula 23 hingga 31 Mac ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan Mermaid termasuk Meet & Greet Mermaids, Makeover Mermaids dan Berenang bersama Mermaids.

Selain itu, korang juga boleh cuba permainan lain yang ada di Sunway Lagoon seperti pergi ke Titan Scuba Asia untuk mengetahui cara pernafasan di bawah air dengan peralatan skuba (Eksklusif Kanak-Kanak berumur 5 – 11 tahun). Jangan lupa juga untuk mencuba aktiviti lain seperti Mini Golf, Aqua Volley dan Tic Tac Toe yang pasti memberikan satu keseronokan musim cuti sekolah ini.

Menurut Sean Choo, Pengarah Besar Sunway Lagoon, malah bukan itu sahaja. Menjadi trend hari ini di mana ikon Mermaids dijadikan sebagai inspirasi dalam aspek kehidupan seperti fesyen, penggayaan rambut dan juga kepada makanan dan hiasan yang diilhamkan dari Ikan Duyung ini. Justeru, menjadikan Ikan Duyung sebagai sebahagian daripada budaya moden yang mana ia adalah penyatuan aktiviti yang tepat musim cuti sekolah ini di Sunway Lagoon.

Sementara itu, sesi Meet & Greetings oleh Clown Walkabout Characters, Kapten Quack & Lady Quack, SpongeBob & Patrick di Pirates overlay! , Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer dan sahabatnya, serta Boots akan membuat penampilan istimewa dan pengunjung berpeluang bergambar untuk kenangan yang tidak boleh dilupakan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Mermaid seperti Rantai Kunci Duyung, T-Shirt Ikan Duyung, Hiasan Ikan Duyung, MER-licious Ice Cream Treat dari I Scoop 4 U dan minuman Ocenie Slushie yang bertemakan Duyung di Chill Lah. Pengunjung yang menyertai ground activities berpeluang memenangi baucar tunai RM30 dari GEM Studio, baucar tunai RM20 dari Havanians dan baucar 50% untuk kursus berenang Mermaid.

Jadi, bersempena dengan Mermaids Alive, Sunway Lagoon memberikan rasa keseronokan bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan rasai pengalaman pengembaraan ini dengan Pakej FAMFun atau Pakej 4-Go-Go yang lebih jimat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di talian +603 5639 0000 atau layari laman sesawang, www.sunwaylagoon.com atau terus ke laman facebook, www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Advertisements

One thought on “Waves of Fun bersama Mermaids di Sunway Lagoon

  1. Illya LeYa says:

    Mandi-manda dan berseronok dengan aktiviti di Sunway Lagoon memang terbaik. Tak pernah mengecewakan. Nanti nak datang lagi laa.. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.