Okay…. Excited Otomen nak cerita dengan semua pembaca Blog Otomen Taro hari ni. Lagi-lagi musim cuti sekolah ni. Pasti korang semua teruja dan tak sabar nak bawa anak-anak untuk ke satu tempat best ni. Sebelum otomen merepek ntah pape, jom ke kisah sebenarnya.

Baru-baru ini, Otomen berkesempatan ke satu pertunjukan sulung robot AI pertama Malaysia yang diperkenalkan secara eksklusif di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Pertunjukan Robot AI yang diberi nama “Dobi” itu dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber of Commerce) dan Kelab AI Malaysia.

Terdapat 20 robot humanoid yang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri menghiburkan para tetamu di hotel itu.
Majlis turut dilancarkan oleh Damian Yeo, Ahli Dewan Undangan Negeri Untuk Duyong dan Dato’ Sri Yap Ngan Choy, Presiden Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia. 20 robot tersebut mendendangkan tetamu dengan persembahan mereka di situ.
Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid itu juga mampu menarik perhatian penonton dengan ketangkasan dan fleksibilit yang ada pada mereka. Sebagai contoh, apabila robot itu jatuh, dengan pantas boleh bangun semula dengan sendirinya. Best kan?

Robot-robot Dobi dikawal oleh aplikasi dan suara. Ia bersaiz 473 x 240 x 144mm dan seberat 2.15kg. Dengan material yang diperbuat daripada ABS Aluminium Alloy dan kapasiti voltan beroperasi 7.0V – 8.4V, “D.O.B.I.” mampu memberi gerakan yang pasti memukau pengunjung dengan persembahan mereka.


Menurut Dato’ Sri Yap Ngan Choy,Pengarah Urusan Kumpulan NCT, “NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian dan mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel. NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka.”
Robot Dobi pernah memecahkan rekod dunia yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun di mana sejumlah 1,100 robot-robot Dobi melengkapkan tarian 60 saat secara serentak dengan sempurna dan seterusnya melayakkan ke Rekod Dunia Guiness.

Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi. Beliau turut dikenali sebagai pemimpin industri robot di China dan memiliki beberapa paten inovasi. Acara ini merupakan kerjasama pertama beliau dengan NCT.

Robot-robot ini dijangka menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Pengunjung boleh menyaksikan persembahan mereka dari Isnin hingga Ahad mengikut ketetapan masa yang diberikan seperti:
Tengah Hari | Petang | Malam |
12.30 pm | 3.30 pm | 6.30 pm |
1.30 pm | 5.30 pm | 7.30 pm |
2.30 pm | 8.30 pm |

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-8064 3333 atau emel dobi@nct.net.my atau ikuti NCT Group of Companies di Facebook.
Robot Dobi memang comel sangat. Kalau lah dapat bawak balik… memang syokkk kan… Hehehe..
Great post 😁