Restoran Halal Popular Di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL

Okay… sebenarnya Otomen ni bukanlah penggemar makanan Korea seperti Mrs. Wife, LeYa tu kan. Tapi bila dah di depan mata memang boleh je untuk menikmatinya sehingga menjilat jari. Senang cakap, tak memilih pun. Banyak best kan nak jaga Otomen ni? Semua pun bedal aje bila time makan. Hahaha… Hari tuh LeYa ada lah mengajak Otomen untuk pergi ke sebuah restoran makanan Korea yang halal di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens, KL. So… dengan beberapa lagi rakan, kami set tarikh untuk pergi merasai kelazatan makanan Korea ni. Jom!

Sebelum tengok menu apa yang kitorang makan, meh la Otomen tunjukkan lokasinya dulu. SeoulNami Korean BBQ ni terletak di Level F-215, The Gardens Mall bersebelahan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Menurut pemilik, makanan-makanan di restoran ini kesemuanya diinspirasikan daripada satu daerah di Chuncheon, Korea Selatan.

Bila tengok pada nama kedai sudah tertera perkataan BBQ kan? Jadinya menu-menu di sini dipanggang di atas bara api yang disediakan di atas meja para tetamu yang datang. Korang duduk je nanti, pelayan akan datang membawa arang dan membantu membakar arang tersebut. Memang fresh gilerrr la kan, makanan yang dipanggang menggunakan arang. Terbaik otomen boleh katakan!

Apa yang ditunggu lagi? Jom makan! Hari tuh Otomen makan bersama 5 orang rakan dan kami pun memesan la menu apa yang ditunjukkan pleh pelayan restoran.

Antara menu yang kami makan pada hari tuh adalah:

  • Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)
  • Beef Platter (RM119)
  • Spicy Octopus (RM39)
  • Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)
  • Fist Rice (RM29)
  • Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
  • Goguma on Fire (RM12)
  • Cheesy Lava (RM19)

dan kami juga dihidangkan dengan Signature Drinks yang enak-enak seperti:

  • Out-of-the-World Lemonade (RM24)
  • Binggrae Banana Uyu Colada (RM24)
  • Sparkling Orange Cream Soda (RM19)
  • Fizzy Spur Plum Cooler (RM19)

Yang menariknya kan, korang yang nak menikmati hidangan makanan kat sini ada cara-caranya tau! Meh otomen ajar macam mana korang nak mula makan:

  1. Korang pilih dulu daging atau ayam
  2. Kemudian, buat pula pilihan side dishes dan sos pencicah
  3. Ketiga, korang masak dahulu telur dadar menggunakan dapur pemanas yang disediakan.
  4. Dapur BBQ akan mula dipanaskan menggunakan arang oleh pelayan restoran. Bila dahpanas, korang start la memanggang daging atau ayam yang korang pilih tadi.
  5. Tapi, korang kena tahu untuk meletakkan jenis jaring pemanggang kepada daging dan ayam berbeza ye. Sebelum tu, korang boleh la letak Goguma on Fire (sweet potato) kat bawah tepi arang tu.
  6. Apabila daging atau ayam dah masak, korang boleh nikmatinya dengan cara membalut bersama salad, timun dan lobak serta letakkan sos pencicah mengikut citarasa korang.
  7. Selain itu juga, korang boleh nikmatinya dengan Fist Rice, di mana ia adalah kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. Aha! Korang mesti gumpal-gumpalkan Fist Rice tu menjadi bulat terlebih dahulu. Lepas tu, masukkan sekali dengan daging atau ayam panggang dan makan. Terbaik!

Amacam! Menarik kan makan di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL ni. So, kalau korang teringin nak cuba makan makanan Korea berasaskan grill atau bakar ni, memang Otomen recommend sangat lah untuk korang semua cuba di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL.

Kalau korang betul-betul teruja dan nak pergi, boleh rujuk maklumat di bawah ni.

SeoulNami Korean BBQ

F-215, The Gardens Mall

Lingkaran Syed Putra,

Mid Valley City

59200 Kuala Lumpur

Telefon : +603 2202 3336

Facebook | Instagram

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.