Travelog Batam Day 1 : Eksplorasi Kota Batam dan Rasai Pengalaman Urutan di Spa Terbaik

Pengembaraan Otomen kali ini bermula di bumi Batam, Indonesia. Selangkah otomen membawa diri dan isteri, LeYa untuk merasai pengalaman apa yang menarik di sana. Jom terus ikuti travelog otomen selama 3 hari ke Batam.

Bertolak dari Kuala Lumpur dengan Car Pool bersama rakan-rakan dengan menaiki kereta pada jam lebih kurang 9.00 malam. Dan, tiba di rumah abang otomen untuk berehat seketika lewat tengah malam. Berehat untuk menunggu hari esoknya.

Keesokannya, Otomen, LeYa dan rakan-rakan bersiap-siaga untuk terus ke terminal Puteri Harbour bagi menaiki feri di waktu yang pertama iaitu jam 11.00 pagi. Setibanya kami di situ, kami diminta untuk penyemakan Passport dan mendapatkan tiket. Kami menaiki feri Dolphin yang akan mengambil masa 2 jam untuk tiba di Batam Centre. Harga tiket feri untuk seorang pergi dan balik adalah RM114, Sea tax RM16.

Kat dalam feri ni, macam biasa lah otomen pasti akan naik atas untuk menghirup udara yang segar. Hahaha… Selain dapat menyaksikan pemandangan laut yang cantik, otomen apa lagi. Kasi pekena la sebatang dua rokok. Hehehe… Korang kalau rasa lapar dalam feri ni jangan lah risau. Sebab ada jer disediakan Indo Mie dan Indo Cafe untuk korang alas perut sebelum sampai. Ehemmm…rupanya baru tahu kat dalam ni pun korang boleh dapatkan Sim Card Indo yang berharga RM25 untuk 6GB. Tapi, otomen tak lah beli.

Dan tibalah kami di pelabuhan Batam Centre. Dengar macam alunan lagu dalam perut dah pun berkumandang ni. Wakil Batam, Pak Edi macam tahu-tahu jer kan. Jadinya, kami terus dibawa ke sebuah Restoran Bumbu yang berdekatan kat situ. Yeehaaa! Dapat makan. Best gilerrr…

Pergghhh…memang terbaik dan sedap. Lagi-lagi perut tengah lapar kan. Okay… now perut dah kekenyangan. So? Apa lagi, kami dibawa ke penginapan untuk kami berehat, mandi selama 3 hari tu.

WoW!!! Menariknya pasangan yang berkahwin seperti aku dan LeYa ditempatkan di sebuah resort yang indah iaitu di Sijori Resort & Spa. Hahaha… Jangan jealous ye kawan-kawan. Kasi can jap nak honeymoon entah kali ke berapa. Jom tengok suasana di resort!

Punya lah santai otomen dekat dalam bilik yang luas ni. Memang rasa dah taknak keluar dah. Tapi…. Kan ada misi untuk menjelajah Batam. Jangan buang masa! Nanti rugi dah sampai tak ke mana kan.

Okay…dah siap-siap simpan barang dan bergambar sikit kat dalam bilik tu, otomen akan dibawa pula untuk merehatkan badan di sebuah spa yang memang syok abesss weyyyhhh… Kat mana kalau bukan di Tiara Mustika Spa yang terletak di HARRIS Resort Waterfront dengan pemandangan resortnya cukup menarik. Jom!

Nampak kan? Suasana di resort ni. Menarik tak? Aha! Kat sini sebelum otomen dibawa masuk spa, otomen dibawa dulu melihat kawasan sekeliling. Apa orang putih kata tu… “Site visit“. Hehehe… Dah penat kaki berjalan tuh barulah dibawanya kami ke spa yang ada kat dalam tu. Yuuhhuuu… rasanya ni first time nak suruh orang luar urut. Tapi mengenangkan badan dan kaki dah lenguh-lenguh, memang syok sangat bila diurut. Puan isteri LeYa memang dah teruja sangat dapat diurut. Haha…

Wahhh…. kesegaran badan semakin terserlah selepas diurut. Memang best gilerrr…Sebab masa urut tu, otomen boleh tertido kaw. Sedar-sedar, tetiba jer kaki kejang sebab terkejut. Dibetulkan balik urat dan keluar dengan nyamannya sambil menunggu Puan isteri yang paling akhir keluar. Amboi! Kemain syok nampaknya tu dapat urutan ye…

Dah siap semuanya, kami bergegas pula ke sebuah restoran yang diberi nama Wey Wey Live Seafood Restaurant untuk nikmati makan malam. Wahhh!!! Makan malam kami kali ni adalah seafood yang enak dan segar dari laut. Pemancing laut tegar macam Otomen ni memanglah sangat suka kan.

Inilah dia antara koleksi hidangan yang kami makan untuk 6 orang. Hohoho… Banyak kan! Paling best otomen dapat merasai satu jenis makanan yang dipanggil “Siput Gonggong”. “Enak sekali rasanya pak. Bikin mahu dan mahu lagi…” hehehe… Menurut orang-orang kat situ siput ni ada banyak khasiatnya dan baik untuk kesihatan lelaki. Tapi, ia juga ada banyak kolesterol. Jadi, berpadalah ketika menikmatinya. Memang lah sedap kan tapi kena jaga kesihatan juga. Karang terlebih kolesterol, siapa yang susah. Dan, kami pun makan sampai licin tala dalam pinggan.

Dah kenyang…apa lagi. Kami pun beredar ke resort untuk merehatkan badan bagi menambah tenaga untuk hari esok yang lebih seronok. Apa-apa pun memang awesome gilerrr guys dapat menjelajah tempat orang ni. Tunggu episod travelog otomen di hari kedua akan datang ye. Jangan ke mana-mana taw!

Advertisements

2 thoughts on “Travelog Batam Day 1 : Eksplorasi Kota Batam dan Rasai Pengalaman Urutan di Spa Terbaik

  1. Illya LeYa says:

    Memang best bila dapat explore tempat orang ni.. Manyakkk syookkkkk!! Nanti nak pergi lagi ye sayang…hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.