Buka Puasa Di The Garden Palace @ D’Saji KL Titiwangsa

Sekejap je masa berlalu kan. Dah nak masuk bulan Ramadhan. So… menjelang Ramadhan ni, korang dah ada ke tempat berbuka puasa menarik untuk bawa keluarga atau gathering dengan rakan-rakan. Kalau tak ada, jom Otomen bawa korang ke satu lokasi yang cukup popular sehingga hari ini.

Bagi yang belum tahu, lokasi restoran ni sangat strategik sebab berada dalam kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Berkonsepkan “Restoran Terapung”, rasanya memang cukup sesuai dan menarik untuk menikmati hidangan berbuka puasa di sini. Malah bukan itu sahaja, baru-baru ini Restoran Terapung D’Saji KL telah diberi nafas baru dengan nama baru, The Garden Palace. Acara pembukaan The Garden Palace telah
dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Abdullah.

The Garden Palace merupakan ruangan khas untuk acara dan majlis yang berwajah baru, bagi keselesaan pelanggan-pelanggan D’Saji KL Titiwangsa.

Bufet Ramadan 2019 tahun ini pastinya memberi kelainan dengan penyertaan kumpulan-kumpulan nasyid terkenal tanahair yang akan membuat persembahan di D’Saji KL Titiwangsa sepanjang bulan Ramadhan nanti. Antaranya kumpulan nasyid Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam dan lain-lain.

Buffet Ramadhan di The Garden Palace atau Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa

Bila sebut sahaja katering dari D’Saji, rasanya semua sudah sedia maklum. Makanan yang dihidangkan sedap-sedap dan banyak, terutama makanan masakan Melayu kampung. Pergghhh…. terliur sekejap otomen mengingatkan kembali.

Ok… Banyak sangat Otomen cakap kan. Jom la otomen share sikit apa menu yang menarik untuk buffet Ramadhan kali ini. Memang terbaik bossku!

Bila adanya buffet, pasti tidak dilupakan Kambing Bakar yang seringkali menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk berbuka puasa di sini. Otomen boleh katakan perapan kambing bakarnya memang terasa dan juicy. Korang boleh try nanti taw! Jom… Tengok lagi menu hidangan terbaik dari yang terbaik. Hehehe…

Desserts dia mengancam kan? Ini favourite part Mrs. LeYa. Suka sangat dia kalau nampak pencuci mulut berwarna-warni ni. Otomen kurang sikit part ni. Tapi, kadang-kadang untuk rasa tu boleh lah makan jugak. Tapi tak lah menjadi pilihan Otomen kalau kelaparan. Confirm lah bahagian nasi berlauk akan diserbu dulu. Haha..

Pada malam itu juga Otomen berkesempatan untuk menemu ramah adik Jay Nazif, Kefli AF dan juga Iqram Dinzly. Meh… Otomen share sikit perkongsian Iqram di channel youtube di bawah ni. Jangan lupa subscribe channel kami ni taw.

Bagi yang ingin merasai keenakan makanan di The Garden Palace atau Restoran D’Saji Titiwangsa KL, boleh hubungi maklumat yang tertera di bawah

Harga Early Bird = RM68 nett per pax

Alamat

6, Jalan Titiwangsa, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

No Telefon

03 – 4021 0098

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.