Beli-Belah Dengan Harga Murah Di Segi Fresh Market

Seperti yang kita maklum, harga barangan semakin meningkat tanpa dapat dikawal. Walaupun ada sesetengah yang kita rasakan mampu hidup tanpa kemewahan tetapi masih banyak keperluan yang tidak dapat dibelinya. Ini termasuklah barangan dapur, pakaian, barangan rumah dan lain-lain. Jadi, terdapat banyak cara yang membolehkan korang untuk mengurangkan perbelanjaan keperluan seharian.

Salah satu cara adalah dengan memilih tempat membeli-belah. Korang pasti seronok kalau dapat berjimat 10 hingga 50 sen lebih murah di tempat beli-belah termurah ini. Jadi, jom ikuti Otomen membeli-belah dengan harga yang berbaloi-baloi di Segi Fresh Market.

Belum ada lagi tempat yang dapat mengalahkan harga di sini. Otomen boleh katakan inilah tempat terbaik dan termurah dengan harga borong yang berpatutan. Daging dan makanan laut di sini pun kesemuanya disembelih secara halal dan segar-segar. Ikan-ikan dibawa terus daripada lautan. Mana otomen tahu? Otomen kan kaki ke laut. Jadi, bab memilih barangan basah seperti ikan, daging ni memang menjadi pilihan Otomen berbanding LeYa. Hehehe…

Seronok sangat memilih barangan yang segar-segar. Hujung-hujung minggu ni, mak-mak pasti menginginkan masakan yang special diberikan kepada keluarga. Jadi, apa kata kalau mak-mak semua datang membeli-belah hujung minggu ni untuk simpan stok bahan mentah. Lagi-lagi nak Ramadhan ni. Daripada orang ramai serbu, jom kita simpan awal-awal dulu.

Bukan itu sahaja. Korang juga boleh la ke bahagian bawang, halia, ikan masin, ikan bilis, pilihan aneka buah-buahan dan sebagainya. Memang murah sangat!

Ternyata dengan membeli-belah di Segi Fresh Market ini, Otomen dapat menyelesaikan sendiri masalah kecil di rumah dengan mengurangkan perbelanjaan harian barangan dapur. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dari yang sedikit itulah Otomen boleh membeli keperluan lain.

So… secara peribadi Otomen memang merasakan pasaraya ini akan menjadi tumpuan Otomen bila keperluan barangan dapur kehabisan stok. Dengan beberapa disipilin dan kawalan diri, korang pasti dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan dapat hidup selesa mengikut kemampuan. “Kenapa perlu bayar lebih, Segi Fresh Market kan ada.

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market, boleh layari sendiri laman sesawang yang disediakan. “Pilihan Tepat, Jimat Belanja Harian Anda!

Websitehttp://segifresh.com/
Facebookhttps://www.facebook.com/Segifresh/
Instagramhttps://www.instagram.com/segifreshmarket/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.