Buffet Ramadhan Citarasa Melayu Tradisional di Bijan Restaurant Malay Cuisine

“Ramadhan Tiba… Ramadhan Tiba…”

Bila dah menyanyi tu apa lagi yang Otomen nak katakan lagi. Dah tentu-tentunya Buffet Ramadhan yang semakin berleluasa menjalankan promosi buat pengunjungnya. Kali ini otomen berkesempatan merasai keenakan masakan Melayu tradisional di sebuah Bijan Restaurant Malay Fine Cuisine. Jom!

Suasana restoran seperti berada di halaman kampung yang permai. Dengan dekorasi makanan-makanan beralaskan rotan dan dinding-dinding juga menggunakan kayu bagi menampakkan lagi suasana kampung, Otomen terasa makan di kampung jer.

Melalui gabungan idea dari chef berpengalaman, Chef Razis dan pembantunya, Chef Ujang, menu masakan tradisional Melayu ini disediakan dengan hebat sekali. Bertemakan “Simply Malay“, terdapat lebih 100 menu disediakan buat korang semua nak merasainya.

Tahun ini, chef memfokuskan kepelbagaian masakan dalam grilled items seperti Lidah Salai, Ikan Kerapu, Satay Udang, Satay Sotong, Satay Perut, Kaki Kambing dan banyak lagi. Yang menariknya dekat Restoran Bijan ni, korang boleh rasa dan pilih 4 jenis sos untuk satay selain kuah kacang yang tiada di tempat lain. Serious, sangat sedap! Keunikan inilah yang membuatkan korang kena datang dan rasainya.

Selain itu, hidangan yang menjadi kegemaran ramai sebelum ini sudah tentunya turut disajikan iaitu Keropok Lekor, Laksa Negeri, Asam Pedas Daging Tetel, Sup Tulang Rusuk, Salai Lemak Sembilang, Salai Rimau Menangis, Pasembor dan lain-lain.

Buat hidangan utama yang dinanti-nantikan, pastinya pelbagai pilihan makanan tradisional Melayu dihidangkan seperti Rendang Daging Tok, Ayam Kampung Limau Purut, Sotong Masak Hitam, Udang Masak Lemak Nenas, Gulai Kambing, Nangka Lemak, Sayur Sawi Putih, Gulai Daging Utara, Ayam Masak Merah, Ikan Tenggiri Goreng Berempah, Udang Masak Lemak Tempoyak, Rendang Kambing, Asam Rebus Batang Keladi, Sayur Campur, Rendang Daging Hijau, Ayam Kampung Lemak Cili Api, Sotong Berlada, Udang Sambal Petai dan beraneka nasi seperti Nasi Putih, Nasi Minyak dan Nasi Hujan Panas.

Tak lengkap kiranya setiap buffet Ramadhan tanpa menu pencuci mulut yang berwarna-warni dan sedap mata memandang. Di sini juga, korang boleh membuat pilihan seperti Aneka Kuih-Muih, Aneka Kuih Talam, Aneka Pengat, Manisan (puding pisang, sagu merah, agar-agar kasturi, pulut mangga), Ais Kacang, Aneka Buah-buahan dan Stesen Ais Krim. Korang juga boleh pesan minuman panas juga kalau nak.

Maklumat mengenai Buffet SIMPLY MALAY seperti
Tarikh 9 – 31 Mei 2019
HargaRM120++ nett per person Promosi Early Bird = RM110 nett per person. Early Bird vouchers boleh didapati dengan pembelian di Bijan Restaurant atau menempah di Tableapp online, www.bijanrestaurant.com.
Masa Ramadhan Buffet 7.00pm – 9.30pm (Menu A-la-carte juga disediakan bermula jam 9.00pm)
No Telefon 03 – 2031 6568
Emailadmin@bijanrestaurant.com

Selain itu, Bijan Restaurant juga ada menyediakan Hari Raya Open House Event yang boleh memuatkan seramai 180 pax atau sekumpulan korporat dalam satu-satu masa.

Tarikh Selepas Hari Raya Pertama & Kedua
HargaPilihan 3 menu seperti Pakej 1 – RM110++ per pax Pakej 2 – RM120++ per pax Pakej 3 – RM130++ per pax Corporate rate available for 100 pax and above
Masa Setiap Hari dari jam 4.30pm sehingga 11.00pm
No Telefon 03 – 2031 3575 (Bijan) 03 – 2031 6568 (Corporate Office)
Emailadmin@bijanrestaurant.comsales@goodfoodtrio.co

One thought on “Buffet Ramadhan Citarasa Melayu Tradisional di Bijan Restaurant Malay Cuisine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.