Pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Baru-baru ini Otomen berkesempatan menghadiri satu pelancaran Produk Kad Prabayar Edisi Eksklusif Rozita Che Wan kepada peminat beliau di samping mencari usahawan yang berminat untuk menceburkan diri sebagai pengedar kad sim eksklusif ini.

Agaknya la kan korang tahu ker apa itu Kad SIM Glamor MyPrepaid Che Ta ni? Kalau tak tahu tu, meh Otomen nak cakap sikit. Tu pun kalau korang faham la kan.. Haha

Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan atau dikenali Che Ta ni adalah kad prabayar yang ditawarkan khususnya kepada peminatnya di seluruh negara untuk guna jenama ni. Ia merupakan hasil kerjasama antara Che Ta sendiri sebagai Brand Partner kepada My International Mobile Sdn Bhd iaitu pengeluar jenama MyPrepaid ini.

Boleh didapati dengan hanya bernilai RM10 dan sudah tersedia kredit percuma RM5 untuk panggilan, SMS dan Data serta mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum nak guna tu, mesti korang semua nak tahu juga apa kelebihan dia kan. Jom, follow Otomen rapat-rapat apa yang boleh dapat bila dah guna Kad SIM MyPrepaid ni.

  1. Pelan Harga super jimat sehingga memberikan 3x ganda lebih masa berbual.
    • Caj panggilan adalah 12.5sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use.
    • Setiap tambahnilai menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.
    • Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit yang diterima adalah sebanyak RM20 dan nilai maksima adalah RM50. Sebagai contoh,
      • Tambahnilai RM10, terima kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM20
      • Tambahnilai RM20, terima kredit RM20 menjadikan keseluruhan kredit RM40
      • Tambahnilai RM30, terima kredit RM30 menjadikan keseluruhan kredit RM60
      • Tambahnilai RM40, terima kredit RM40 menjadikan keseluruhan kredit RM80
      • Tambahnilai RM50, terima kredit RM50 menjadikan keseluruhan kredit RM100
  2. Pelan Data Internet TANPA HAD AKSES dan HAD KELAJUAN.
  3. Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi secara percuma kepada setiap pengguna.
  4. Menerima mata ganjaran bagi setiap tambahnilai yang dibuat dan boleh ditebus pelbagai baucer barangan yang ada di seluruh negara.

Program Usahawan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Kepada korang yang berminat nak berniaga tu, turut ditawarkan juga kepada peminat untuk cuba-cuba lah menceburkan diri menjadi pengedar kad SIM ni.

Jadi, untuk menjadi agen, korang kenalah bayar sebanyak RM3,888 dan perlu membuat bayaran penuh pada 11 Mei 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan. Agen yang berdaftar akan diberikan tools pemasaran yang diperlukan. Pendaftaran juga terbuka dan terhad kepada 500 pendaftar terawal sahaja.

Apa yang usahawan dapat dengan harga RM3,888?

Korang yang mendaftar akan menerima:-

  1. 30 unit Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
  2. Akses VIP kepada sistem Vendor MyPrepaid bernilai RM4,890 seperti Mengaktifkan SIM, Menjual tambahnilai MyPrepaid, Menjual tambahnilai jenama lain prabayar di Malaysia, Menjual tambahnilai jenama lain prabayar di 130 negara di dunia dan boleh mendaftarkan agen lain.
  3. Layak menerima Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma bernilai RM20,000 dan tambahan skim pengurusan jenazah bernilai RM2,000.
  4. Tools pemasaran seperti buku, Brochure, Bunting dan buku Menu bernilai RM400
  5. Wallet Tambahnilai bernilai RM100
  6. 1x Baucer diskaun 20% bagi jenama barangan byRCW
  7. 1x Tiket majlis berbuka puasa bersama Rozita Che Wan bernilai RM250 pada 19 Mei 2019
  8. 1x Tiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM10,000

Bagaimana nak daftar? Korang yang berminat boleh layari laman web www.myprepaid.com.my bermula 29 April 2019 sehingga 10 Mei 2019.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.