Teknologi partikel Nano Jepun Membolehkan Kunyit Melawan Penyakit Moden

Kesihatan sangat penting. Diberi dengan tubuh badan yang sihat macam-macam pekerjaan kita boleh lakukan. Jadi, haruslah kita tahu untuk menjaga kesihatan tubuh kita. Jom ikuti Otomen Taro dalam memperkenalkan satu produk yang mampu mengekalkan kesihatan dalam diri kita.

Sebelum tu, Otomen nak bagitahu di mana Laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan sesuatu yang diberi perhatian kerana dari gambaran yang diberikan ia sangat merungsingkan dan menakutkan terhadap mortaliti manusia zaman moden hari ini.

NCD ini dikatakan punca kematian di seluruh dunia dan penyebab kepada 41 juta atau lebih 71% daripada kematian dunia yang berjumlah 57 juta pada 2016. Empat NCD utama yang dikenalpasti adalah penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan kronik dan diabetes.

Menurut S.L. Ho, persekitaran kompetitif yang wujud pada hari ini memaksa orang untuk bekerja keras dan menggunakan lebih banyak masa mereka. Dalam menangani persaingan hidup, orang ramai terpaksa menjalani diet pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Sebagai contoh, orang ramai akan terjebak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat seperti memakan makanan yang diproses atau yang mempunyai kandungan gula tinggi yang akan menyebabkan keradangan kronik dalam badan.

S.L. Ho, pengurus besar kepada syarikat yang mengedar pelbagai makanan kesihatan popular memutuskan untuk memperkenalkan suplemen kesihatan Theracurmin yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma Longa atau dikenali dengan kunyit.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin boleh mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB, atau faktor nuklear kappa-light-chain-enhancer sel B diaktifkan, yang dipercayai memainkan peranan penting dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, Alzheimer serta keadaan degeneratif yang lain.

Bukan semua produk curcumin yang terdapat dalam pasaran boleh memberi manfaat yang diingini kerana curcumin, secara semulajadinya tidak boleh larut secara berkesan dalam air dan oleh itu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk sel tisu badan dan juga tahap penyerapan yang rendah.

Theracurmin berkesan kerana dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcumin Nan-zarah.

Selain itu, proses yang digunakan untuk menghasilkan Theracurmin membolehkan curcumin diserap dan disimpan selama 24 jam dalam badan, membolehkan tubuh badan mendapat perlindungan segera dan lebih lama daripada keradangan.

Theracurmin telah diuji secara klinikal dengan meluas dan terbukti memberi banyak manfaat yang dapat meningkatkan kesihatan seseorang terhadap penyakit berkaitan dengan gaya hidup.

Tambahan lagi, dengan mengambil curcumin dalam bentuk Theracurmin dapat meningkatkan fungsi otak dan menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan otak dengan meningkatkan tahap faktor neurotropik atau protein BDNF, yang meningkatkan pertumbuhan neuron baharu di otak.

Suplemen kesihatan Theracurmin boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Makanan tambahan ini disediakan dalam bentuk kapsul yang setiap satunya mengandungi 100 gram curcmin, iaitu bersamaan empat sudu besar penuh serbuk kunyit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.