Buffet Ramadhan Termurah di Dewan Tengku Zara, Bangi

Buffet Ramadhan termurah di kawasan Bangi setakat ini. Betul! Otomen pun terkejut bila sampai dan melihat harga yang ditawarkan. Seperti kebiasaan harga-harga buffet Ramadhan di kawasan Lembah Klang pastinya menawarkan harga RM60 dan ke atas. Tapi di sini sangat murah dan berbaloi. Jom, ikuti cerita di sebalik Blog Otomen Taro ni!

Buat korang yang warga Bangi dan kawasan sekitar, pasti suka bila dengar ada tawaran harga yang murah untuk pakej buffet Ramadhan ni. Bolehlah korang pakat ajak keluarga, saudara-mara, pakcik-makcik, kawan-kawan untuk berbuka puasa di sini. Dah la murah, lepas tu ada lebih daripada 150 juadah makanan di sini termasuk 10 jenis makanan yang berkonsepkan warung.

Hidangan di sini akan menggamit korang dengan masakan Melayu Tradisional dengan berkonsep warung dan pastinya membuatkan korang rindu kampung halaman. Antara menu kegemaran yang menjadi pilihan Otomen ialah Kambing Golek Arab. Kalau dah ke Buffet Ramadhan, tak sah kalau tak mencuba kambing golek dia. Jadi, peluang yang diberikan ini memang tak sia-siakan Otomen. Menu lain yang boleh korang cuba juga seperti Ikan Bakar Keli, Kembong, Pari, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Ikan Patin Tempoyak dan Steam Patin dengan King Sauce serta Nasi Ayam.

Manakala hidangan yang berkonsepkan warung, korang boleh dapatkan ialah Sup Tulang, Soto, Sup Kambing, 6 jenis Pasta, Salad, Nasi Ayam, Goreng Pisang, Keledek, Sukun, Daging Salai Masak Lemak, Ikan Keli Goreng Berlada, Telur Itik Masak Dengan Belimbing Buluh, Ikan Pari Asam Pedas Melaka, Daging Tetel Masak Asam Pedas, Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Sambal Goreng Jawa, dan banyak lagi.

Menu pencuci mulut ala-ala kampung juga korang boleh dapatkan di sini seperti Ubi Kayu Rebus, Apam Balik, Beraneka Pastries dan Kuih Muih Tradisional, Rojak Buah, Bubur, Pengat, Beraneka jenis Jeruk dan lain-lain. Pilihan kurma juga ada dua jenis yang korang boleh pilih sebelum menikmati hidangan buffet yang banyak ini.

Selain itu, terdapat juga pilihan minuman seperi Air Cincau, Air Sirap Selaseh, Asam Boi, Air Kitara, Air Cendol, Air Teh Bunga, Air Mata Kucing, Soda Herb, Teh Tarik, Air Bandung dan lain-lain.

Dewan Tengku Zara ni sangat terkenal sebagai lokasi majlis-majlis perkahwinan atau lain-lain majlis. Mereka menyediakan ruang yang cukup luas dengan memiliki tiga tingkat yang boleh memuatkan orang ramai dalam satu-satu masa. Lokasi yang cukup strategik, bersih dan selesa serta mempunyai surau yang luas, parking percuma, pasti membuatkan korang tidak risau bila ke sini. Makanan-makanan yang dihidangkan juga disediakan oleh pihak katering yang berpengalaman iaitu Azam Pandan Sdn Bhd, yang mana ini masuk kali ketiga Otomen nikmatinya. Memang puas hati dan berbaloi!

Ok… Sudah pastinya korang tertunggu-tunggu harga buffet Ramadhan yang ditawarkan di Dewan Tengku Zara, Bangi ni kan. So, korang boleh rujuk gambar yang Otomen lampirkan di bawah ni. Semua dah pun tertulis kat situ. Kalau korang berminat, boleh terus buat tempahan jer.

Bestnya berbuka dekat Dewan Tengku Zara ni. Semua lengkap dan murah pulak tu. Selain itu, ada juga pakej Menu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 nanti. Korang bolehlah bersiap sedia dan pakejnya Otomen sertakan di lampiran bawah.

So, apa yang korang menungkan lagi tu? Dah Ramadhan ke-6 ni dan bersempena hujung minggu ni, elok benarlah kiranya bawa keluarga atau kawan-kawan berbuka di sini. Yang nak jadikan lokasi Dewan Tengku Zara ni sebagai majlis perkahwinan korang pun boleh hubungi mereka. Semuanya ada disediakan. Memang mudah sangat sekarang ni.

DEWAN TENGKU ZARA, BANGI

Lot 1513-B Batu 18 1/2, Jalan Bangi, Kg. Sg. Tangkas, 43000 Kajang, Selangor

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:

Office Tel.: 03 – 7840 0516 / 03 – 7840 0657

Mazmadi (012 – 475 0151), Nisa (019 – 249 5778), Sue (011 – 3698 1261), Syazwan (012 – 614 0151) dan Emma (019 – 945 1449)

Website : www.azampandan.net

Facebook : azampandan Instagram : azampandan.catering

Oh Ya! Dinasihatkan korang ketika menikmati hidangan buffet di sini, sila berpada dan tidak membazir ye. Bagus juga mereka buat macam ni. Selalunya ragaman kita ni suka ambil banyak-banyak lepas tu tak habis. So, yang tak habis tu nanti, korang akan dicharge kerana pembaziran ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.