Nikmati Buka Puasa Dengan Masakan India di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Ok… Hai semua. Kali ni Otomen nak cerita pengalaman Otomen berbuka puasa jauh dari Kuala Lumpur. Minggu lepas, Otomen, LeYa dan beberapa lagi rakan telah mengikuti jelajah Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor. Jom ikuti cerita Otomen!

Perjalanan Otomen ke Desaru dengan menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan. Rasa best pulak bila dah lama tak travel naik bas. Bila sesekali aktiviti macam ni mula balik, rasa throwback semula masa dulu-dulu. Perjalanan bermula pada jam 9.30 pagi dan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan tiba di Terminal Bandar Penawar pada jam 2.30 petang. Setibanya kami di situ, kami telahpun dijemput pihak hotel.

Dari Terminal Bas Bandar Penawar ke Lotus Desaru Hotel mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja iaitu jaraknya dalam 3km. Sangat dekat kan! Kemudian, kami check-in penginapan dan kami diberikan sebuah apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Guess what? Sangat selesa dan luas buat kami 6 orang menginap di situ.

Selesai urusan penginapan, kami berehat seketika dan menunaikan dulu kewajipan sebagai umat Islam iaitu bersolat. Usai solat, macam biasa Otomen terus landing atas katil. Hahaha..😂😂

Petang tiba. Bila cuaca dah agak redup, kami mengambil keputusan jalan-jalan kawasan sekitar resort. Wow! Besar dan luas dan sangat cantik. Lepak-lepak tepi pantai Desaru sambil menunggu waktu azan Maghrib berkumandang.

Berbuka Puasa Masakan India di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Maghrib hampir menjelang tiba. Apa lagi kau nak tunggu? Jom tengok-tengok hidangan dan tempat untuk berbuka. Yeah! Sangat terbaik sekali bila otomen nampak menu kegemaran iaitu masakan India ada disediakan di sini. Kedua, terdapat juga Kambing Grill yang menjadi menu utama Otomen bila ke Buffet Ramadhan. Ok.. Kasi cuci mata menu-menu yang ada di sini ye. Jom!

Yeehaaa… Inilah dia masakan kegemaran Otomen. Hari tu je Otomen makan 2 keping roti canai dan tosai. Perghhh… Tak padan dengan kurus kan. Benda sedap, rugolah tak bedal..🤣🤣

Menu utama adalah hidangan Nasi Beriani dan lauk-pauknya yang sungguh menyelerakan. Antaranya ialah Ayam Goreng Mamak, Sambal Udang, Sambal Telur, Ikan Masak Kicap, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga Satay, Otak-Otak dan Kambing Grill yang telah memikat selera Otomen. Benar-benar membuatkan perut Otomen kekenyangan dek kesemua hidangan makanan yang sedap-sedap ini.

Janganlah dilupa juga menu pencuci mulut ini. Korang boleh cuba pelbagai aneka kuih-muih tradisional, aneka kek, aneka buah-buahan dan terdapat juga jeruk. Minuman yang disediakan juga ada 4 pilihan buat korang yang pastinya dahaga seharian berpuasa.

Bagi yang berdekatan dengan Lotus Desaru dan duduk di kawasan Johor, bolehlah cuba untik menikmati keenakan makanan di sini. Otomen pasti korang akan suka.

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi:

Harga

RM58.00 (Dewasa)

RM29.00 (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Telefon

07 – 884 2800 Samb.: 1966 / 1882

Alamat

Teratai CafeLotus Desaru Beach Resort & SpaLot. 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar81930 Kota Tinggi, Johor Bahru

Advertisements

One thought on “Nikmati Buka Puasa Dengan Masakan India di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.