Johnson’s Memperkenalkan Rangkaian Baharu, Johnson’s CottonTouch

Menjadi pilihan no. 1 ibu-ibu di Malaysia, JOHNSON’S memperkenalkan JOHNSON’S baharu dengan menambahbaik lagi ciri kelembutan dalam rangkaian produknya dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalet, sulfat dan pewarna yang dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

JOHNSON’S “CottonTouch Top-to-Toe” Bath dan Face & Body Lotion

JOHNSON’S “CottonTouch Top-to-Toe” Bath dan Face & Body Lotion yang baharu merupakan rangkaian baharu kepada bayi baru lahir.  Ini kerana dalam penyelidikan, kulit bayi baru lahir berbeza berbanding kulit dewasa. Kulit bayi baru lahir kehilangan kelembapan dua kali lebih cepat berbanding kulit dewasa. Kulit bayi mudah kering dan boleh mnyebabkan kegatalan dan memberi bakteria dan alergen menembusi kulit bayi dengan mudah. Jadi, bayi baru lahir memerlukan pembersih dan pelembap yang paling lembut untuk melindungi lapisan kulit.

JOHNSON’S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion untuk Anak-anak Kecil

Satu lagi rangkaian JOHNSON’S yang sesuai digunakan kepada anak-anak kecil yang sedang membesar adalah JOHNSON’S Milk + Rice dan Milk + Oats. Ketika bayi membesar dan memasuki peringkat anak kecil, mereka mula memiliki kemahiran motor yang membantu untuk meneroka dunia sekeliling. Jadi, kulit mereka akan haus dan lusuh sewaktu merangkak, belajar duduk, berdiri sebelum melangkah untuk berjalan buat kali pertama. Bagi menyokong penerokaan dan pembesaran, rangkaian JOHNSON’S ini mampu mengekalkan lapisan kulit kekal sihat dan terpelihara. Basuhan dan losyen ini sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif dengan kulit mereka yang sedang menjalani kahausan dan kelusuhan setiap hari.

JOHNSON’S Active Kids Shampoo

Rangkaian ketiga ini dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas. Walaupun kulit kanak-kanak tidak sehalus kulit bayi baru lahir atau bayi satu tahun ke bawah, tetapi tetap kulit mereka masih belum sempurna sepenuhnya. Oleh yang demikian, syampu dewasa tidak sesuai kerana kemungkinan ia kasar atau terlalu kaya untuk kulit kanak-kanak kecil yang masih lembut.

JOHNSON’S Active Kids Shampoo untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak dirumuskan supaya lembut berbanding syampu orang dewasa. Rumusan ini memiliki pH yang simban dan disokong oleh pediatrik. Syampu boleh didapati dalam 3 pilihan:

  • Shiny Drops – mengandungi minyak Argan dan protein sutera untuk rambut yang lembut dan bersinar
  • Clean & Fresh – dirumuskan dengan teknologi Active Fresh untuk kesegaran yang berpanjangan
  • Soft & Smooth – mengandungi madu dan pati gandum untuk rambut yang berkilat dan licin.

JOHNSON’S sangat komited dalam memberikan produk terbaik kepada bayi seluruh dunia yang penuh dengan cabaran dan tetap bersemangat membantu para ibu bapa untuk CHOOSE gentle iaitu memberikan produk penjagaan bayi yang paling lembut untuk si manja mereka.

Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama, termasuklah Watsons mulai Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut mengenai JOHNSON’S yang baharu, boleh layari laman sesawang di bawah

Website

www.johnsonsbaby.com.my

Facebook

www.facebook.com/JohnsonsbabyMY

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.